Kuala Lumpur: Pelakon, Didie Alias, 51, dikurniakan cucu keempat, Senja Shahriman yang dilahirkan baru-baru ini.
Didie berkata, dia baru berkesempatan menziarah cucunya yang juga anak ketiga anak perempuannya, Nur Dhaniyah Md Ridzuan.
“Assalamualaikum. Senja Shahriman. Maaf, nenek sibuk sangat-sangat. Baru sempat datang tengok cucu ‘bam bam’ nenek ini.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah panjangkan umur ‘nanny’ dan atok dapat tengok cucu yang keempat,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Pelakon drama Cina Bu.ta itu turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya di Instagram. Malah, pelakon Azhan Rani sempat mengusiknya dan dibalas nakal oleh Didie.
“Tahniah dapat ‘baby’,” tulis Azhan.
“Bukan ‘mummy’lah syaiton,” balas Didie.
Pelakon itu menimang cucu sulungnya, Seth yang juga anak Nur Dhaniyah pada 2018. Kemudian diikuti anak keduanya, Suri.
Cucu ketiga Didie pula adalah perempuan dinamakan Hannah Jasmine, anak kepada Nur Dinie.
Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular era 1990-an, Ridzuan Hashim pada 1991, namun bercer4i pada 2000.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga dengan Norisham Ismail dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Dayyan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM