Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memandang serius dengan tudvhan satu blog yang mend4kwa mereka tidak membayar penuh gaji pekerja.
Berani guna gambar kami
Ketika ditemui OhBulan!, Wawa berkata ini adalah fitn4h paling terburvk diterima kerana blog terbabit selamba menggunakan gambar mereka berdua seolah mengiyakan d4kwaan tersebut.
Rasanya, inilah fitn4h paling teruk pernah kami terima. Laman blog yang membuat tudvhan itu tergamak menggunakan gambar saya dan Aeril berserta kenyataan kononnya individu membuat luahan gaji dipotong itu adalah pekerja kami.
Kenyataan itu juga bukan dalam bentuk tanda tanya. Malah, apabila gambar kami dikeluarkan, ia seolah-olah mengiyakan d4kwaan tersebut.
Kata usahawan berumur 32 tahun ini, tidak timbul isu potong gaji dalam kalangan staf mereka. Jelasnya, mereka mampu memberi g4njaran bonus kepada pekerja serta dibawa bercuti ke luar negara bersama-sama.
Tidak ada sebarang isu mengenai gaji. Malah, ketika p4ndem1k dan negara berdepan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami masih mampu memberikan bonus kepada pekerja.
Tahun lalu, kakitangan kami menerima bonus raya, selain diraikan dengan percutian ke luar negara.
Wawa berkata demikian ketika majlis Malam Penghargaan Ejen dan Stokis Wawa Cosmetics yang diadakan di Tenera Hotel, pada Sabtu.
Selain itu, Wawa turut melancarkan produk baharu, True Love, sebagai hadiah buat pelanggan setia serta hadiah daripada Aeril sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-12.
Harus diberikan pengajaran
@ohbulanofficial Sapa cakap Wawa tak jaga kebajikan pekerja? Tak baik tau 😌 #ohbulan #fyp #sembangentertainment #wawazainal #saman #blogger #sebar #fitnah ♬ original sound – OHBULAN!
Susulan itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan tindakan undang-undang tetap diteruskan bagi membersihkan imej yang sudah tercalar.
Disebabkan itu, saya dan Aeril memandang berat isu ini kerana fitn4h yang dilemparkan mampu mencalar nama baik kami.
Saya dan Aeril tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan baik kami dengan pihak media. Tetapi, pengajaran harus diberikan agar tiada pihak sewenang-wenangnya membuat spekulasi.
Kami harap blog terbabit tidak ulangi dan jangan sesuka hati tulis perkara tidak sahih. Dalam tidak sedar, ia boleh beri kesan burvk kepada orang lain.
Sebelum ini, Aeril meluahkan rasa kes4l berikutan tersebarnya tudvhan yang mendakwa pasangan ini telah men1ndas pekerjanya melalui satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah blog.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ohbulan.com