Hannah Delisha Kumpul Dulu Kekvatan Sebelum Jadi Ibu, Mahu Betul-betul Bersedia

Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon cantik, Hannah Delisha pastinya tidak terlepas daripada pertanyaan bilakah mahu menimang cahaya mata.

Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar  Hannah Adlina Blackburne Birch, 27 mengakui bahawa dia dan suami, Imam Shah, 34 bercadang mahu menimang empat orang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, mereka masih lagi merancang perihal tersebut dan enggan tergesa-gesa dalam soal itu.

“Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah. 

Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak. Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian lah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia berg4ntvng kepada keizinan Allah,” katanya.

Tambah pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia perlu mempunyai mempersiapkan diri dan kekuatan sebelum bergelar ibu kerana tahu tanggungjawab yang cukup besar bakal digalas lebih-lebih lagi wanita bekerjaya sepertinya.

“Terus-terang, saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja.

“Setakat ini, orang sekeliling pun tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya.

Untuk rekod, Hannah dan Imam telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah bernikah pada Februari 2021.

Buat masa ini, Hannah sedang rancak mempromosikan drama lakonannya Andai Itu Takdirnya yang bergandingan dengan Shukri Yahaya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph)