Azlee Senario Meny3ru Golongan Lelaki Untuk Hargai Isteri

Sejak kebelakangan ini h4ngat diperkatakan kisah kemelvt rumah tangga melibatkan selebriti berlaku cur4ng sehingga terg4mak menceder4kan isteri.

Pelakon dan pelawak veteran, Azlee Senario meny3ru kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan lelaki supaya lebih menghargai isteri masing-masing telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee bin Jaafar di laman TikToknya, dia memuat naik beberapa buah gambar bersama isteri kesayangannya, Aslinda Ayob.

Dalam video tersebut, pelawak yang berusia 55 tahun itu menegaskan isteri adalah insan yang perlu dihargai kerana dia adalah individu yang menguruskan rumah tangga menjadi lebih tersusun.

Menerusi perkongsian di  TikTok itu, Azlee berkata isterilah yang menyediakan makanan untuk keluarga serta menjaga anak-anak.

“Kita kena menjaga hati seorang isteri yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah kau rahm4tilah isteriku Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadikanlah dia isteri yang solehah, aamiin,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pndapat yang diberikan oleh Azlee bahkan ada segelintir mereka merindui pelawak itu untuk kembali semula ke kaca televisyen.

Dalam pada itu, netizen mendoakan agar Azlee dan isteri sentiasa bahagia hingga ke syurga dan berharap agar segala urusan mereka dipermudahkan selalu.

Sumber: TikTok @azleesenariochane

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM