Ummi Nazeera Risau Watak ‘Jah4t’ Akan Burvkkan Imej Wanita Bertudung

PUTRAJAYA – Memegang watak ant4gonis dengan imej bertudung, aktres Ummi Nazeera mengakui pernah berasa bimbang andai watak ‘jah4t’ lakonannya memberi impak negatif terhadap golongan wanita berhijab.

Kata Ummi, 33, menjayakan watak ant4gonis bukan satu masalah besar buatnya tetapi lebih kepada berasa bimbang dengan pandangan s1nis masyarakat terhadap imej wanita bertudung.

Namun baginya, kejah4tan sesuatu watak itu secara dasarnya lahir daripada jiwa berbanding penampilan seseorang pelakon.

“Untuk saya tidaklah susah atau ada masalah besar untuk menjayakan watak ant4gonis. Sebab kejah4tan bukanlah bersandarkan terhadap imej atau rupa semata-mata tetapi rasa daripada hati.

“Bagaimanapun, yang menjadi isu dan kerisauan ialah mungkin akan wujud pandangan skeptikal dalam kalangan penonton seperti ‘bertudung tetapi per4ngai jah4t’,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Drama Sangat, di sini baru-baru ini.

Ujar pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin itu, perkara tersebut menjadi kerisauannya tetapi dia menasihatkan orang ramai agar tidak mudah melemp4rkan pandangan negatif berdasarkan penampilan semata-mata.

“Itulah yang menjadi kerisauan saya iaitu memburvkkan imej perempuan bertudung.

“Harapnya penonton ambillah dari sudut positif dan kita tidak boleh menjatvhkan hukvm sesuka hati terhadap seseorang hanya kerana penampilan.

“Jadi, amalkan konsep jangan hakimi seseorang berdasarkan luaran sahaja,” kata pelakon drama Risik Pada Hati itu.

Sebelum ini, Ummi pernah memegang watak ant4gonis termasuk wanita ps1ko dalam beberapa buah drama dengan imej bertudung seperti Rindu Kasih dan Suri Katriana. – KOSMO! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo Online