Penyanyi Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna akhirnya mengeluarkan lagu berbahasa Melayu untuk para peminat.
Setelah 7 Tahun
Setelah tujuh tahun tidak mengeluarkan lagu berbahasa Melayu, kini Yuna mended4hkan kepada peminat bahawa dia akan mengeluarkan lagu berbahasa Melayu yang pertama dalam tempoh tersebut.
View this post on Instagram
Memuat naik ‘teaser’ di Instagram miliknya, lagu baru tersebut berjudul ‘Menanti’ yang dijangka akan ‘release’ pada 17 Mac 2023 ini.
Teruja Berkongsi Dengan Peminat
Tulisnya di Instagram, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk berkongsikan kepada peminat lagu barunya itu.
Malah Yuna juga memberi bayangan bahawa akan ada lagu-lagu berbahasa Melayu lain yang turut sama akan dikeluarkan olehnya.
Netizen ‘Minta’ Konsert Dari Yuna
Diruangan komen, kelihatan netizen turut teruja dengan pengumuman yang dimuat naik oleh Yuna.
Malah bukan itu sahaja, ramai yang menunggu dan meminta Yuna untuk mengadakan konsert di Malaysia pada tahun ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my