Fasha Sandha Komited Bekerja, Hadir TADS 2023 Walaupun Mata Belum Sembuh

Meskipun keadaan mata kiri masih belum sembuh sepenuhnya, pelakon, Fasha Sandha dilihat komited terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Hal tersebut jelas kelihatan apabila Fasha muncul di acara karpet merah Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Sembuh sepenuhnya

Ketika ditemui OhBulan! Fasha berkata dia tampil berkaca mata hitam kerana masih menunggu masa untuk menjalani pembed4han. Ujarnya lagi, tulang mata yang pat4h itu, menyebabkan terjadinya dar4h beku.

Mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya. Tapi, alhamdulillah saya tetap datang atas tanggungjawab untuk produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen saya.

Kemungkinan kena jalani pembed4han sebab walaupun dari luaran bengk4k dah makin surut, tapi, tulang itu patah dan ada dar4h beku di dalam. Apapun, saya kini sedang menunggu masa sesuai untuk perlu pastikan bengkak di muka surut dulu.

Disoal sama ada penglihatannya terjejas, Fasha memaklumkan bahawa mata kirinya memang terjejas dan turut memberi kesan lain seperti s4kit kepala.

Tak selesa langsung. Penglihatan tak berapa jelas di belah kiri, tapi di sebelah kanan tak ada masalah. Bila s4kit mata, ia akan berkait dengan kepala.

Tambah Fasha, dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum kembali menjalani penggambaran.

Untuk penggambaran, saya kena dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh atau tidak untuk kembali bekerja semula.

Fasha hadir ke acara TADS2023 dengan ditemani adiknya juga pelakon, Elisya Sandha.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/