TINDAKAN usahawan sens4si Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerima pelbagai reaksi netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan berkenaan dilihat memberi nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.
Malah Shuhada juga seakan berkongsi saat susah senang semasa awal perkahwinan dia bersama pelakon berusia 29 tahun itu.
“Cuba fikirkan saat-saat Shu tengah mesra dengan dia mungkin ini dugaan. Saya tak nak cakap siapa dia, saya pun ada buat salah juga. Awak sebagai perempuan ini bagi peluang pada dia.
View this post on Instagram
Pertemuan Aliff Syukri dan Shuhada jadi perhatian.
“Saya yakin dalam kehidupan rumah tangga ini salah seorang kena mengalah, saya tak pasti atas mata awak apa punca tapi mungkin dia tak sengaja.
“Kita sebagai lelaki ini kalau boleh jangan kasari isteri, anggap isteri itu seperti ibu kita. Sayangi isteri seperti dia adalah bidadari hidup kita,” katanya.
Aliff juga memberitahu air muka Shuhada seakan menyimpan sesuatu dan dia cuba untuk memahami perasaan wanita itu sekali gus berharap berpeluang menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Riak wajah dia nampak sed1h dan memendam, saya cuba menyelami apa beliau rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah baik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu wanita itu untuk meneruskan hidup kelak.
“Saya juga tahu Shu berusaha demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya AS Hijab. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” ujarnya.
Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz Roshdi belum bertemu titik noktah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpesan kepada usahawan berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti sebelum ini.
Malah mereka juga berpendapat rumah tangga Shuhada tidak boleh diselamatkan dan berharap agar wanita itu tidak kembali semula ke suaminya.
“Datuk jangan pisang berbuah dua kali macam kes Dayah itu.
“Situasi Shu ini tidak boleh diselamatkan lagi, lvk4 di muka tinggalkan kesan yang teruk inikan pula lvk4 hati.
“Nasihat datuk itu dah betul tapi jangan suruh dia balik semula pada lelaki yang dah cederakan dia,” antara komen netizen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar