Semalam, pelakon Kamal Adli ced3ra di kep4la selepas dipvkul berkali-kali dengan cota iaitu kap4k India oleh seorang lelaki warganegara Singapura ketika berada bersama isterinya, Uqasha Senrose di sebuah Expo di Singapura.
Memetik laporan Kosmo, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menyifatkan ins1den berd4rah yang menimpa pelakon Kamal Adli sewaktu menyertai Singapore Expo Hall malam semalam sebagai satu kejadian sangat membah4yakan.
Justeru, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, mengesyorkan kepada mana-mana artis yang ingin melakukan aktiviti di luar negara agar memaklumkan kepada pihak Seniman.
Hal ini kerana ujarnya, Seniman bersedia untuk memberikan bantuan awal kepada artis jika terlibat dalam apa jua permasalahan dan kem4lang4n selain tindakan daripada kerajaan atau pihak berkuasa.
“Kami akan membantu yang mana termampu sama ada berhubung dengan konsulat di sana atau ambil tahu maklumat terbaharu tentang keadaan di situ.
“Apa sahaja aktiviti artis ke luar negara kalau maklumkan kepada Seniman adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya kami tahu tindakan atau bantuan seterusnya yang perlu diambil melalui persatuan dan juga pihak kerajaan di mana-mana negara,” katanya ketika dihubungi oleh Kosmo! Online sebentar tadi.
Kejadian menimpa Kamal, 37, mendorong Seniman melakukan penambahbaikan dalam aspek menjaga keselamatan artis terutamanya bagi yang ingin berkunjung ke luar negara atas urusan kerja.
“Selepas ini mungkin Seniman akan menghasilkan borang yang mana artis-artis perlu isi jika ada kerja di luar negara.
“Kami akan buka satu fail khas untuk artis yang bekerja di luar negara sekurang-kurangnya kami ambil maklum tentang selebriti.
“Kalau jadi apa-apa, kami boleh bantu jika dihubungi. Daripada aduan yang dibuat, kami boleh bantu melalui kedutaan Malaysia,” ujar Zed.
‘Artis Perlu Maklumkan Kepada Seniman Untuk Ke Luar Negara’ – Zed Zaidi Nasihat Artis Kurangkan Tunjuk Tentang Kehidupan Di Media Sosial.
Dalam pada itu, Zed men1ngg4lkan pesanan kepada artis untuk kurang memuat naik hantaran dalam sosial media kerana perkara tersebut mendorong orang awam melakukan ser4ngan.
View this post on Instagram
“Nasihat saya jangan terlalu menunjuk-nunjuk tentang kehidupan dalam sosial media kerana kita tidak tahu ada orang taksvb dengan kita. Sampai tahap upah orang untuk pukvl, bagi saya dia bukan seorang ‘gentleman’ (lelaki budiman).
“Kalau boleh pihak negara Singapura dapat mengambil tindakan paling tegas dan berat kepada orang sebegini.
“Tidak sangka negara yang paling selamat boleh berlaku macam ini sehingga buatkan pelancong takvt mengunjungi negara terbabit,” ujar pelakon filem Sembilu itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apapun, semoga Kamal Adli segera kembali pulih dan penyer4ng tersebut dikenakan hukvman setimpal dengan perbuatan jah4tnya itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cari