PENANTIAN hampir sedekad bukan tempoh singkat untuk pasangan suami isteri yang mengimpikan menimang cahaya mata sulung.
Sepanjang tempoh itu, rumah tentunya sunyi tanpa riuh-rendah suara anak-anak.
Namun bagi pasangan ini, fasa tersebut dilalui dengan reda sehinggalah usia perkahwinan mereka memasuki tahun kesembilan.
Berkongsi cerita kepada mStar, Julizah Jaafar berkata, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.
Wanita berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupannya meskipun tidak dikurniakan cahaya mata kerana dikurniakan rezeki lain.
“Bertahun-tahun kami cuba pelbagai cara (untuk h4mil), memang berharap tapi belum ada rezeki. Sampai la ke tahun keenam perkahwinan, saya move on.
“Walaupun ketika itu belum ada rezeki anak, Allah beri rezeki lain seperti ada rumah sendiri. Ada tempat berteduh, hanya menantikan orang baharu (anak),” katanya kepada mStar.
Julizah berjaya menurunkan berat dari 70kg (kiri) kepada 60kg (kanan).
Bukan berputus asa, Julizah yang berasal dari Telok Mas, Melaka menjelaskan bahawa dia dan suami pada waktu itu tidak mahu terus berharap dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurutnya, antara yang dilakukannya adalah misi mengurangkan berat badannya yang sebelum ini berisi iaitu 70 kilogram (kg) kepada 60kg.
“Badan saya sebelum ini berisi, jadi saya cut pengambilan gula dan berjaya turunkan kepada 60kg selepas setahun. Nampaklah badan semakin mengecil.
“Tapi bulan lepas, perut saya kembung macam bvncit. Pelik juga sebab tak gemvk, tapi perut ke depan sampai kawan-kawan tegur,” katanya.
Tanda keh4milan yang menjadi berita gembira buat pasangan ini.
Susulan itu, pekerja di sebuah kedai serbaneka ini kemudian ‘kembali’ melakukan ujian keh4milan meskipun tidak mengalami sebarang simptom h4mil.
“Kakak minta saya buat ujian (keh4milan), dia kata tak ada rezeki tak apa, yang penting cuba. Apabila saya positif (h4mil), perasaan saya seb4k dan gembira sebab sembilan tahun tanpa zvriat sampai tak mengharap.
View this post on Instagram
“Esoknya datang periksa di klinik, doktor beritahu usia kandungan dah 22 minggu (lima bulan). Saya memang terkejut, tahu-tahu mengandung, Alhamdulillah,” katanya dengan nada teruja.
Julizah yang dijangka bersalin pada pertengahan Jun depan berkata, hadiah ulang tahun perkahwinannya kali ini amat bermakna kerana dianugerahkan zvriat.
Julizah dan suami mendirikan rumah tangga sejak 2014.
Merasai kegembiraan berganda, wanita ini turut berkongsi nasihat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zvriat atau ‘trying to conceive’ (TTC).
“Kena banyak bersabar, jangan stres dan jangan terlalu fikir. Orang luar boleh beri pelbagai pendapat, tapi kita sendiri kena mengikut apa yang mampu.
“Selagi ada rahim, selagi itu kita mampu untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah, suatu hari nanti kita rasa momen itu… seperti yang saya alami sekarang,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar.com.my