Siti Nurhaliza Bangga Dengan Kejayaan Lesti Kejora-“Semua Orang Ada Impian Dan…”

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai pertemuan singkatnya bersama penyanyi hebat dari Indonesia, Lesti Kejora di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Ikuti Perkembangan Karier Lesti Sejak Umur Belasan Tahun

Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi, beliau telah mengikuti perkembangan karier dan kejayaan Lesti berumur belasan tahun ketika menyertai pertandingan Dangdut Academy Indosiar sehinggalah bertemu di acara pelancaran SimplySiti di Indonesia, beberapa tahun yang lalu.

“Pertemuan yang manis meskipun sebentar pada hari kelmarin sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta.

Anak gadis manis waktu pertama kali saya melihat beliau di pertandingan Dangdut Academy Indosiar sewaktu masih belasan tahun,

kemudian bertemu di acara pelancaran SimplySiti di Indonesia beberapa tahun lalu, dan perkembangan karier dan kejayaan beliau saya ikuti.-tulis TokTi

“Saya Bangga Melihat Anak Gadis Yang Punya Cita-Cita..”

Tambahnya lagi, beliau menitipkan rasa bangga dengan Lesti yang telah mempunyai cita-cita ketika di bangku sekolah dan telah merintis kejayaan dan mencipta nama besar.

“Kelmarin, selain dapat bertemu anaknya, Abang Fatih, saya bangga melihat anak gadis yang punya cita-cita sewaktu masih di bangku sekolah, kini telah merintis kejayaan dan mencipta nama besar.

Semua orang ada impian dan harus cekal untuk mendepani setiap ujian dalam menuju kejayaan.”-tulis TokTi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti Nurhaliza dan Lesti Kejora baru-baru ini mencetvskan rasa teruja peminat ketika sesi live apabila sempat berduet bersama menerusi lagu Sekali Seumur Hidup. Rata-rata peminat dari Malaysia mahupun Indonesia turut berharap bakal berlaku kolaborasi di antara mereka kelak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my