Jika anda mengikuti media s0sial penyanyi veteran, Salamiah Hassan pasti mengetahui bahawa dia kini sering berkongsi foto berhijab di laman Instagram miliknya, sejak kebelakangan ini.
Beberapa perkongsian yang dibuat oleh penyanyi berusia 72 tahun ini membuatkan ramai peminatnya berasa ‘sejuk hati’ apabila dia tampil dengan imej baharu.
Terbaharu, Salamiah yang juga ibu kepada selebriti bertubuh genit, Atilia Haron mengesahkan dirinya kini sudah berhijab.
Bagaimanapun, dia enggan membesarkan 1su penghijrahannya kerana keputusan bertudung itu adalah kerana pilihannya sendiri selain sudah sampai waktu untuk memakainya.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai tudung. Saya tak suka perkara ini menjadi satu 1su besar,”ujarnya.
Jelas peserta Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia, dia tidak mempunyai sebarang sebab atau punca tertentu dalam mengenakan hijab sepenuhnya.
“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga pr1vasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.
“Lagipun saya baru habis tempoh edah dan mahu kembali aktif bekerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya enggan perubahan ini menjadi 1su besar,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Sementara itu, Salamiah memberitahu dirinya dalam keadaan baik sahaja meskipun tidak mampu menutup kesed1han selepas pem3rgian suaminya akibat kan$er kolon di Tasmania, Australia pada November tahun lalu.
“Saya okey saja. Kita tiada kua$a dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan terima hakikat serta teruskan kehidupan.
“Nak kata saya kuat, saya ini hanya manusia biasa. Pastilah masih ada rasa sed1h itu.
“Lagipun boleh ke kesed1han itu hilang begitu saja, melainkan saya sendiri yang kena mengawalnya dengan kekuatan yang Allah berikan. Apa yang saya lalui sama seperti orang lain yang kehilangan insan tersayang,” katanya.
Sekadar info, Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Gery Hughes pada 1 September tahun lalu selepas 15 tahun mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, selepas dua bulan berkahwin, Salamiah dikejvtkan dengan pem3rgian Gerry ak1bat kan$er kolon.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OMM