Mizz Nina Teruja Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60 -“Saya Bukan Pakar Dalam Perkahwinan, Tapi…”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berkongsi rasa teruja meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60.

Titip Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ibu & Bapa Yang Ke-60

Menerusi hantaran di Instagram, Mizz Nina dilihat memuatnaik foto ibu dan bapanya sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan serta menitipkan ucapan istimewa di atas perkahwinan yang sudah memasuki usia 60 tahun yang sangat indah, malam tadi.

“Alhamdulillah ia adalah ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian 🙈.

“60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang r4re dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlvk4n banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, well-wishing & kerja berpasukan untuk melaluinya.”-titip Mizz Nina

“Saya Bukanlah Pakar Dalam perkahwinan, Tapi..”

Akui bukanlah seorang yang pakar dalam perkahwinan, Mizz Nina menyatakan bahawa apa yang pasti, jika seseorang itu telah ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang oleh Allah, dia pasti sentiasa ditakdirkan untuk anda.

“Saya bukanlah pakar dalam perkahwinan..Tetapi satu perkara yang pasti, jika seseorang itu ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang Allah, dia akan sentiasa ditakdirkan untuk anda.

Love you both so much & saya doakan semoga Allah terus mencurahkan kasih sayang, rahmat, perlindungan keampunan, barakah, kesihatan yang baik & iman yang kuat hingga ke Jannah Aameen.”-tulis Mizz Nina

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my