Alamak, dah habis hati-hati tapi kant0i juga! Ibu buka cerita kenapa anak lari p4njat pagar sekolah – “Macam-macam hal la anak d4ra aku”

SEJAK sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula Isnin, pelbagai ragam murid-murid yang dikongsikan di media sosial.

Ada yang men4ngis kerana enggan ditinggalkan ibu bapa, ada juga yang gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan baharu dan sebagainya.

Namun satu video yang tul4r di media sosial sejak semalam, memaparkan aksi seorang murid perempuan yang gigih memanjat pagar untuk cuba meloloskan diri dari sekolah, benar-benar mencuit hati warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun pengguna TikTok bernama @_tineyeny, kelihatan kanak-kanak berkenaan yang berpakaian sukan menyusun langkah dan berhati-hati melewati pagar utama sekolahnya yang telah ditutup.

Barangkali menganggap tiada siapa yang memerhati gerak gerinya, dia memanjat pagar itu sebelum dia akhirnya berjaya lolos melalui celahan besi gara-gara saiz tubuh yang agak kecil.

Namun kanak-kanak berkenaan terjatuh ketika cuba ‘mendarat’ di atas tanah namun dia bingkas bangun melarikan diri.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun berjaya ‘ditahan’ oleh dua pengawal keselamatan yang kemudian mendukungnya untuk dibawa masuk ke bilik darjah semula.

Susulan video berkenaan tular, ramai dalam kalangan warga maya yang terhibur namun dalam masa sama tertanya-tanya kisah di sebalik aksi comel kanak-kanak berkenaan.

Anak nombor dua kita. Dia cari ayah dia. Baru hari pertama, macam-macam hal lah anak dara aku.

NORSAHILA HASHIM

IBU

Seorang pengguna Facebook, Norsahila Hashim, yang dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan, tampil berkongsi cerita sebenar di laman sosial tersebut..

Menurut Norsahila, anak keduanya itu adalah murid pra-sekolah di sebuah sekolah di Rompin, Pahang.

Dalam satu hantaran di Facebook, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa gambar anak keduanya yang digelar kakak, sewaktu dihantar oleh bapanya ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin.

lolos 2

Murid tersebut ‘diselamatkan’ oleh pengawal keselamatan sekolah.

Dalam perkongsian seterusnya, dia turut memuat naik video yang memaparkan anak perempuannya sedang meloloskan diri dengan memanjat pagar.

“Akak melarikan diri… akak kena tangkap dengan jaga (pengawal keselamatan),” tulisnya pada hantaran berasingan.

Tambah wanita tersebut, anak keduanya cuba melarikan diri kerana mahu mencari bapanya.

“Anak nombor dua kita. Dia cari ayah dia. Baru hari pertama, macam-macam hal la anak dara aku,” selor0hnya pada ruangan komen.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan komen lucu malah menyifatkan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai seorang yang berani.

“Kelakarlah… kantoi juga ya.

“Ikut per4ngai siapa ni… ikut mak dia kot.

“Pening cikgunya… sabar sajalah,” demikian antara komen netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar