Tekaan Meleset! Emma Maembong umum Jantina Bayi Kedua

Umum sedia maklum, pelakon jelita Emma Maembong kini sedang h4mil anak kedua seperti mana dimaklumkan menerusi laman Instagram pada Februari lalu.

Sepanjang berita keh4milannya, ramai warganet tertumpu dengan perubahan bentuk perutnya yang kian memboyot meskipun baru sahaja memaklumkan khabar gembira.

Malah, netizen juga meluahkan rasa teruja selain sebulat suara mengatakan Emma kini sedang h4mil anak perempuan berdasarkan perkongsian beberapa foto ‘maternity shoot’ di media sosial.

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna TikTok hadir memeriahkan majlis gender reveal menarik perhatian ramai sebaik sahaja mendapat tahu jantina sebenar bayi dalam kandungan aktres berdarah kacukan Melayu-Scotland.

Menerusi video tvlar, akhirnya Emma dan pasangannya, Shazli mengumumkan mereka bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas anak sulung, Shariq Arshan Gabriel.

Kemeriahan majlis berkenaan disambut dengan kehadiran sahabat dan kenalan terdekat yang turut tumpang gembira dengan khabar baik diumumkan oleh pasangan merpati dua sejoli itu.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan oleh Emma atau nama sebenarnya Fatimah r0hani Ismail.

Selain itu, ada juga netizen mengatakan anak sulung Emma iaitu Shariq Arshan Gabriel atau mesra disapa Arshan mempunyai teman untuk ‘gigit’ ibu saudara mereka, ChaCha Maembong.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Sementara itu, ada juga warganet seakan tidak percaya dan pvas hati apabila mengetahui jantina bayi dalam kandungan Emma itu adalah lelaki dan bukannya perempuan seperti yang disangka mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: TikTok @nick_ariff07,@jimbo_555, @emma_maembongofficial,