“27.3.2021,” – Neelofa, PU Riz sambut ‘anniversary’ ke 2 tahun

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti selebriti Neelofa, dimana hari ini dia dan suami iaitu PU Riz menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke dua tahun.

Menerusi laman sosial instagram, Neelofa memuat naik foto mereka suami isteri untuk tatapan umum, beserta dengan kapsyen yang sangat ringkas.

“27.3.2021,” – tulis Neelofa di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat banyak tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Pu Riz atau Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : instagram neelofa