Pelakon Reen Rahim mengakui sepanjang 34 tahun hidup, dia tidak pernah bangun untuk makan sahur di bulan Ramadan.
Bagaimanapun selepas berkahwin, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim akhirnya bangun awal pagi untuk mempersiapkan makanan sahur untuk suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
“Seumur hidup aku… tak pernah bangun sahur. Bila dah kahwin, aku kena siapkan sahur,” kata Reen menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Pelakon filem Shift Malam Raya itu turut berkongsi video dia mencuba kejutkan suaminya yang lena tidur untuk bangun sahur bersama-sama.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video-video tersebut dan ada juga dalam kalangan mereka juga berkongsi pengalaman yang sama seperti Reen.
“Sama wei. Tahun lalu sahur dengan mak abah. Paling-paling pun dah siap semua la. Tahun ini kena bangun siapkan sahur dan kejurkan laki (suami).
“Kan, malas sangat nak bangun masak sahur. Nasib suami tiga empat tahun ini tak makan berat waktu sahur.
Cukup kurma lima hingga tujuh biji dan air masak saja. Lega.
“Sama! Sebelum kahwin jarang bangun sahur… dah kahwin kena masak sahur oh dunia ku,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Reen selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada majlis pernikahan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://gempak.com/