[VIDEO] Radhi OAG Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Raya Dipuji – “Menolong Dalam Keadaan Payah & Tanpa Mengenali”

Nama vokalis kumpulan OAG, Radhi menjadi perbualan h4ngat netizen di laman sosial selepas tul4r video memperlihatkan penyanyi itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di jalan raya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita berkenaan tidak menyangka seorang artis terkenal sanggup berlari ke keretanya yang bermas4lah di tengah-tengah kesesakan jalan raya.

Difahamkan kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat.

Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu adalah Radhi OAG.

“Saya t0lak, saya t0lak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.

Kemudian Radhi dilihat pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan men0lak kenderaan tersebut seorang diri.

Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana bapanya berada.

Bagaimanapun, Radhi meminta anak lelakinya itu untuk pergi semula ke kereta mereka dan dia terus menyambung semula men0lak kereta wanita berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi itu atas pertolongan yang diberikan.

@syafiqahalmaghribi radhi tolak kereta rosak, sis mmg respect gila dgn radhi oag, xsemua mcm ni 🫡🫡🫡 #radhioag #radhi #oag #fyp #viral #HaierUVAirPower ♬ original sound – Kaklong Starbucks

“Hebatnya manusia ini, menolong dalam keadaan payah dan tanpa mengenali. Moga Allah limpahkan sebesar-besar rahmatNya kepada insan ini.

“Alhamdulillah terbaik abang. Ada abang Radhi yang sanggup t0lak dengan pan4s-pan4s ini. Semoga diberkati Allah. Amin.

“Allahuakbar, cantik aturannya. Alhamdulilah dia datang tolong… Radhi OAG ini memang bagus, saya kenal dia dari lepak Hard Rock lagi. Rezeki awak bro,” komen netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gempak.com