Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mengvndang kec4man netizen selepas berkongsi sedutan lagu rayanya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Tahun lalu, usahawan ini telah dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik lagu rayanya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.
Kongsi Sedutan Klip Video Muzik Lagu Raya
Menerusi klip video muzik lagu raya yang dimuatnaik di Instagram, Aliff dilihat sedang menyanyi dan diiringi beberapa orang penari yang mengenakan pakaian nipis seperti baju renang dan lengkap bersampin.
“Beri laluan lagu raya no 1 trending 4 tahun berturut. Cak Cun Cak Raya. Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua
untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Dari artis no.1 Malaysia”-tulis Aliff Syukri
View this post on Instagram
“Raya Ni B4njir Ke Dato?..”
Rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat membanjiri ruangan komen yang ‘meny1ndir’ pemakaian Aliff serta penari latar seperti baju renang, malah ada yang mengingatkan usahawan ini mengenai perisitiwa tahun 2022, yang dipanggil untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang bertent4ngan dengan norma dan budaya tempatan.
“Raya ni kita banjir ke dato? Macam standby nak berenang je tu 😂.”-Hatta Dolmat
“Awak janji tak nak joget wakk.”-Soloz
“Kau ni apa?. Kau tinggal sini ke. Ingat datuk peristiwa 2022 SKMM jangan diulang lagi.”-Wak Doyok
“Asal nak raya je dato mesti ada masalah ment4l. Semoga aliff syukri diberi kesihatan yang baik. Kesian anak-anak.”
“Tak menghorm4ti bulan puasa.”
“Kecewa tengok cara macam ni. Mulia kan tradisi kita dato, kesian anak-anak kena kutvk nanti bila diorang dah besar.”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my