Si bongsu buat drama air m4ta, 11 hari terpisah kerana chicken pox! Nasib baik abang pandai pujuk, siap c1um sambil gos0k kepala

RAKAMAN memaparkan seorang kanak-kanak perempuan men4ngis sambil memelvk abangnya meraih perhatian ramai di media sosial.

Dalam video itu, kanak-kanak bernama Alya yang berusia dua tahun dilihat mengalirkan air m4ta ketika bertemu abangnya, Iman yang berusia enam tahun selepas mereka berpisah selama 11 hari.

Menurut Ismadiana, 31, yang menetap di Singapura, dua anaknya terpaksa dipisahkan buat sementara waktu baru-baru ini kerana si abang dij4ngk1ti campak.

“Iman dij4ngkiti campak. Untuk mengelakkan sebarang j4ngk1tan, saya hantar Iman ke rumah ibu selama 11 hari. Jarak tidaklah jauh, dalam setengah jam perjalanan saja.

“Sepanjang tempoh itu, Iman dan Alya sentiasa buat panggilan video. Selepas mendapat kebenaran doktor bahawa j4ngkitan itu tidak lagi merbahaya, dia terus dibawa pulang ke rumah kami.

“Ketika kembali disatukan, Alya menangis dapat jumpa abangnya. Bukan sed1h, tapi dia men4ngis kerana terlalu gembira sebab ini kali pertama mereka terpisah lama,” ujar Ismadiana kepada mStar.

Alya dan Iman bersama kedua ibu bapa mereka.

Sehingga kini, video pertemuan dua beradik itu meraih lebih 665,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain mendoakan kesihatan si abang, ramai netizen turut memuji keakraban dua beradik itu terutamanya saat si abang menc1um dan menggosok kepala adiknya sebagai tanda sayang dan ambil berat.

“Semoga hubungan berkasih sayang awak berdua kekal selamanya ya sayang.

“Rindu sangat kat abang dia tu. Jelas terpancar dari matamu wahai anak kecil.

Melting acik tengok kamu berdua sayang. Moga Allah lindungi sampai bila-bila,” tulis beberapa netizen.

Mengulas lanjut tentang video tul4r itu, Ismadiana berkata dia terharu dengan titipan doa daripada netizen buat dua anaknya.

@ismdnz

Reunited after 11 days! Abang had chicken pox so he stayed over at my mom’s place to recover. Alhamdulillah Abang got the clearance from Doctor that he’s no longer contagious! This is the longest that they got separated. My hearttttt ❤️

♬ original sound – Ismdnz

Jelas Ismadiana, dia sentiasa terbuka untuk berkongsi video keletah dua beradik itu dengan harapan ia mampu mengukir senyuman pada sesiapa yang menonton.

“Saya sendiri tak pernah alami hubungan adik-beradik serapat ini. Apabila saya tengok hubungan Iman dan Alya, saya rasa terpanggil untuk kongsi di TikTok.

“Saya terharu dengan komen-komen netizen. Terima kasih kepada sesiapa yang diakan kami. Kalau ada apa-apa video telatah mereka, saya akan kongsi.

“Niat saya kongsi sebab nak gembirakan orang. Mana tahu ada yang tengah stres atau sed1h, atau rindu anak masing-masing, mungkin boleh terubat dengan menonton video anak saya,” ujarnya lagi.

Keletah comel dua beradik ini raih perhatian ramai di media sosial.

Pada tahun 2021, Ismadiana pernah memuat naik video memaparkan Iman yang teruja ketika pertama kali dipertemukan dengan Alya yang baru dilahirkan.

Menurut Ismadiana, Iman tidak pernah cemburu dengan kehadiran Alya, sebaliknya cukup menyayangi si cilik itu sehingga mereka sukar berenggang antara satu sama lain.

“Sejak Alya dibawa balik dari h0sp1tal selepas dilahirkan, Iman tak pernah tunjuk yang dia cemburu dengan adiknya.

“Sebaliknya, dia sentiasa menjaga adiknya. Mereka sangatlah rapat, bertengkar pun tak pernah,” ujar suri rumah itu lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar.com.my