Cinta Bertaut Kembali, Aedy Akui Amelia Wanita Paling Istimewa

Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang teruja mengenai hubungan mereka. Baru-baru ini, hubungan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dipercayai berputik semula.

Menurut laporan, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi mengakui mereka memang sedang menjalinkan hubungan yang serius dan menyatakan Amelia ialah wanita paling istimewa di hatinya sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” katanya sewaktu ditemui sumber, semalam.

Bagaimanapun, Aedy berpesan agar peminat tidak menaruh harapan tinggi terhadap hubungan mereka. Namun, dia yakin hubungannya dengan Amelia kini menuju ke arah yang lebih baik.

“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sed1h atau apalah. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Amelia turut mengatakan dia akan jadi peminat terbesar buat Aedy dan mendoakan hubungan mereka akan kekal rapat buat selama-lamanya.

Cinta Bertaut Kembali, Aedy Akui Amelia Wanita Paling Istimewa

“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” kata Amelia.

Dalam pada itu, apa yang lebih teruja, Amelia baru-baru ini berbuka puasa bersama keluarga Aedy di sebuah hotel.

Sebelum ini, kec0h mengenai Aedy melvtut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan pada Mac tahun lalu. Namun, dipercayai hubungan percintaan mereka tidak berpanjangan dan telah pvtus pada Julai tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : syor.com