“Cukup Pakej!” – Bukan Sekadar Cantik, Pandai Menyanyi Dan Berlakon Tapi Amy Mastura Sangat Kelakar!

Segelintir kaum wanita mungkin beranggapan bahawa kaum lelaki hanya memandang rupa paras yang cantik atau penampilan seorang wanita untuk dijadikan pasangan.

Mungkin ada benarnya kepada sesetengah individu namun ciri-ciri fizikal tertentu bukan satu-satunya perkara yang diperhatikan oleh seseorang.

Bahkan bagi kaum lelaki, percaya atau tidak, mereka  juga memerhatikan pelbagai perkara yang ada pada diri seorang wanita selain fizikal dan rupa paras iaitu humour!

Secantik-cantik seorang wanita tidak akan menarik perhatian jika keperibadiannya tidak menarik dan mempunyai personaliti memb0sankan.

Senyuman dan ketawa seorang wanita itu lebih bermakna buat seorang wanita untuk digelar sebagai cantik keperibadiannya!

Hal yang demikian kerana, hubungan tanpa gelak ketawa akan terasa kosong dan bosan!

Baru-baru ini, sekali lagi nama Amy Mastura menuai pujian warganet kerana bersikap lucu dan sentiasa terlihat awet muda

Malah, rata-rata peminat berpendapat bahawa pelakon dan penyanyi ini tak pernah mempuyai sebarang kontr0versi mur4han sama ada dari segi karier mahupun kehidupan peribadi.

Memuat naik video di laman Instagram, Amy Mastura mengakui berkebolehan berbahasa German!

Apa yang lebih lucu, Amy sendiri tidak memahami apa yang dib3belnya kerana hanya sekadar bercakap kosong namun tetap menghiburkan orang ramai.

Menurut sumber laporan sebuah portal media, meskipun sudah berusia 52 tahun, selebriti cukup pakej ini  pernha mengakui dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kerana sudah memiliki keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak.

Jelaslah, apabila hidup sentiasa tenang dan dipenuhi dengan senyuman sentiasa membawa kepada aura positif dalam sesebuah kekeluargaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my