Siapa sangka, lukisan yang dilukis seorang kanak-kanak rupa-rupanya merupakan petanda sebelum kanak-kanak itu pergi buat selama-lamanya.
‘Ni Aydan tengah tidur..’
Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali sebagai Wunny Amir, berkongsi beberapa foto lukisan yang dilukis oleh anaknya, Aydan Hadiff. Bercerita kembali perbualannya bersama Aydan, Wunny memberitahu anak kesayangannya dengan penuh keceriaan menunjukkan lukisan mereka keluargan sedang baring di atas tilam. Dalam lukisan tersebut, memaparkan anaknya sedang tidur dalam keadaan badannya berbalut tidak jauh daripada dia dan suaminya yang masih berjaga.
Mama mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengah tidur.
Wunny kemudian bertanya, mengapa hanya Aydan seorang sahaja sedang tidur di lukisan tersebut, sebaliknya dia dan suami tidak tidur. Wunny bertanya lagi keduduk4n Aydan yang terlalu jauh serta bukan berada di tengah mereka. Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut hanya ketawa.
Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidur lah.
Kenapa tak ada kaki tangan ni?
Ish mama ni, ni yang macam baby pakai tu lah mama. Aydan dan jadi baby balik, hehe.
Namun siapa sangka, ternyata lukisan tersebut merupakan satu ‘hint’ atau gambaran bahawa dia akan pergi selamanya.
Alllahu, rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebiji dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.
Menurut sumber, Aydan disahkan men1nggal dunia kerana pendar4han dalaman di otak dan bahagian abdomen selepas terbabit dalam kemal4ngan pada 4 April lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bangi
Sumber: Wunny Amir
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://ohbulan.com/