Busana ‘Bulan Sabit’ Aina Abdul Dalam MV Berkunjung Di Hari Raya, Cvri Perhatian Netizen!

Sebut sahaja nama penyanyi berbakat besar, Aina Abdul, pasti kita sudah terbayang akan lagu-lagunya yang berentak balada serta busananya yang ‘rare’.

Gayakan Busana ‘Bulan Sabit’ Rekaan Melinda Looi

Terkini, Aina kembali menjadi bualan ramai menerusi penampilannya dalam klip video lagu raya terbaharunya, Berkunjung Di Hari Raya yang trending di Youtube sejak dilancarkan dua hari lalu. Aina dilihat mengenakan busana ‘bulan sabit gerg4si’ rona silver rose gold rekaan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

“Rumah pertama? Rumah kedua? Rumah ketiga? Rumah keempat?.”-kapsyen Aina di Instagram

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Dah Nampak Bulan Boleh Raya Ni”

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja melihat busana Aina yang lain dari yang lain, malah ada yang sempat berselor0h mereka sudah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana telah melihat ‘anak bulan’.

“Moon dress surprise element!!.”

“Wahh sailor moon yang sebenar.”

“Comelnya anak bulan ni.”

“Dah nampak bulan dah boleh raya ni.”

“Aahahha kali ni aku tergelak. Takpe ikut ler mana-mana.”

“Jangan lupa letak balik bulan tu. Tak beraya kami nanti takde anak bulan Aina 😂.”

“Dah nampak anak bulan. Raya awal lagi tahun ni 😂.”

“Awan dah, bulan pun sudah. Tak lama lagi matahari pulak Aina muncul 😂😂.”

Tahun lalu, Aina tampil menggayakan empat persalinan berbeza yang menggambarkan elemen-elemen pada hari lebaran menerusi MV Gema Raya seperti busana motif kepingan note Ringgit Malaysia, lampu kelip, serta busana simbolik kepada langsir dan juga lapik meja.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my