Penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan sedang dirawat dan berada di dalam keadaan yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tak diketahui punca sebenar
Memetik laporan Berita Harian, berita itu disahkan rakan baik Rohana, Datin Salwa Abdul Rahman yang begitu terkejvt menerima berita mengenai Rohana yang dilaporkan krit1kal di ICU sejak semalam (Selasa).
Difahamkan, sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar yang dialami juara bintang RTM 1980 itu dan doktor sedang melakukan pemeriksaan serta pemantauan mengenai peny4kit yang dihadapinya memandangkan Rohana tidak pernah mengalami peny4kit yang serius sebelum ini.
Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lem4h. Saya memang terkejvt kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang s4kit.
Semalam (Selasa), saya mendapat khabar keadaan Rohana krit1kal dalam ICU dengan peny4kit yang belum diketahui.
Difahamkan Salwa menerima berita mengenai perkara ini melalui anak-anak Rohana namun mereka pada awalnya meminta dirahsiakan daripada pengetahuan mana-mana pihak.
Sedar akan keadaan Rohana yang semakin krit1kal dan kini memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bern4fas, anak-anaknya mula berkongsi mengenai perkembangan terkini ibunya itu serta meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatan Rohana.
Untuk info, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979 sebelum mula dikenali selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.
Sumber: Berita Harian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OhBulan