Siswa UIA reda beraya seorang diri di Kuantan, tak cukup duit beli tiket balik Sabah… Kuasa viral TikTok, tiba-tiba ada orang taja naik MAS!

AIDILFITRI tidak lengkap tanpa kepulangan perantau ke kampung halaman.

Namun begitu, ada kalanya bermacam rintangan yang mendatang ketika seseorang itu hendak kembali ke pangkuan keluarga.

Begitulah kisahnya untuk Zulfiqar yang merupakan seorang mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan, Pahang apabila dia tidak berkesempatan untuk pulang ke rumah keluarganya di Sabah.

Luahan Zulfiqar dalam video di TikTok.

Melalui luahannya dalam satu video di TikTok, Zulfiqar berkata dia tidak mampu untuk pulang beraya kerana harga tiket penerbangan yang mencanak naik ketika musim perayaan.

“Tipulah kalau tak sed1h apabila tengok member seorang demi seorang balik. Tapi nak buat macam mana harga tiket flight mahal.

“Bukan semua orang berkemampuan dalam golongan T20 dan M40,” kata Zulfiqar yang juga merupakan seorang pelajar jurusan perubatan.

Namun ketika harapan Aidilfitri Zulfiqar seakan-akan sudah punah, muncul seorang insan berhati mulia yang tidak didedahkan identitinya menawarkan tajaan kepada Zulfiqar dan rakannya untuk balik kampung.

“Assalamualaikum, dapat cuti ke untuk raya, saya baru tengok post yang terbaharu tak dapat balik beraya tu.

“Kalau nak balik beraya, InsyaAllah boleh diusahakan,” tulis insan berkenaan melalui satu mesej di platform komunikasi.

Untuk penaja tiket, semoga traffic light kamu sentiasa hijau ya, bertambah-tambah rezeki kamu.

WARGA MAYA

Bersyukur tidak terhingga, Zulfiqar berkata sesungguhnya Tuhan adalah sebaik-baik perancang dan hatinya melonjak kegirangan kerana tidak akan beraya berseorangan.

“Siapa sangka perancangan Allah lebih baik. Tak sangka ada hamba Allah yang sanggup taja tiket untuk kami berdua balik beraya,” ujar Zulfiqar.

Dalam video itu Zulfiqar sempat menyertakan sekeping foto yang menunjukkan dua tiket penerbangan Malaysia Airlines, pertamanya dari Kuantan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zulfiqar pada mulanya sudah pasrah dengan nasibnya menjelang Aidilfitri.

Kemudian dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang bertarikh pada Jumaat, 21 April.

Zulfiqar dilihat berlinangan air mata menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya yang pastinya menunggu kepulangannya.

“Jatuh air mata jantan sampaikan khabar gembira ni dekat ibu,” kata Zulfiqar.

Zulfiqar ketika dihubungi mStar mengatakan dia selamat sampai ke kampungnya dan sambutan Aidilfitri berjalan lancar bersama keluarganya.

Zulfiqar dijemput ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Semoga ini dapat menjadi satu perkongsian yang bermanfaat buat semua dan menjadi dorongan untuk kita sentiasa berbuat baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar insan yang bernurah itu sentiasa dipermudahkan urusan hidupnya.

“Untuk penaja tiket, semoga traffic light kamu sentiasa hijau ya, bertambah-tambah rezeki kamu.

“Alhamdulillah, rezeki kamu adik, kepada yang menaja tiket, semoga Allah memberkati hidup kamu.

“Belajar elok-elok adik, nanti dah berjaya, tolong orang lain pula InsyaAllah,” kata sebahagian warga maya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar