Tujuh Tahun Menanti, Adira Suhaimi Dapat C1um Tangan Madu Di Hari Raya – “Tiada Hadiah Lebih Bermakna…”

Penyanyi jelita, Adira Suhaimi meluahkan rasa gembira apabila dapat berpeluang bersama-sama meraikan hari lebaran tahun ini bersama madu, Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Penantian selama tujuh tahun itu berakhir apabila dia dapat beraya bersama-sama suami, Datuk Red, Datin Red dan juga anak-anak tirinya.

Pagi 1 Syawal tahun ini giliran saya berhari raya dengan suami, selepas itu dia pulang ke rumah Datin Red pula kerana kediaman kami berdua tak jauh pun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

Tetapi untuk Aidilfitri ini saya mahu kami semua dapat berkumpul beramai-ramai termasuk anak-anak tiri bagi sama-sama merasai kemeriahan pagi Syawal.

Adira yang sememangnya berharap sejak dahulu lagi mengenai hubungan baiknya bersama Datin Red itu menganggap ia sebagai hadiah yang paling bermakna.

Terdahulu, permulaan perdamaian antara dua wanita ini mula terjalin selepas Adira menziarahi Datin Red yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.

Menurut Adira, dia nekad memandu ke kampung isteri pertama Datuk Red itu bagi tujuan menenangkan dan untuk berada di sisi madu tanpa berfikir panjang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Selepas itu, mereka dilihat kerap menghabiskan masa bersama termasuklah berpakaian sedondon dan berpimpin tangan kedua-duanya ketika hadir ke sebuah acara fesyen, bulan lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo online