Sedar tak sedar, sudah hampir tiga tahun penyampai radio, Fizi Ali berpisah dengan bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri selepas mereka memilih untuk tidak lagi bersama pada Disember 2021 yang lalu.
Meskipun berpisah, Fizi dan Shakilla sudah pun bersepakat untuk terus berbaik demi anak mereka, Ameena Sofia.
Video mesra tukar ‘turn’ jaga anak tular
Terbaru, tular satu video memaparkan Fizi menyerahkan anak mereka, Ameena kepada Shakilla yang menunggu di lobi sebuah kond0minium.
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok bernama shakigibr6g, dapat dilihat kemesraan terpampar di wajah mereka meskipun mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sebagai sepasang suami isteri.
@shakigibr6g #shakillakoriri || #fyp #foryou #esekeli ♬ original sound – shakillakhoriri
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional dan matang ditunjukkan Fizi dan Shakilla dalam menguruskan hal Ameena serta ada juga yang mendoakan agar mereka disatukan semula.
Untuk info, Fizi dan Shakilla mengikat tali perkahwinan pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia.
Walau bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka tidak berkekalan selepas mereka memilih untuk membuat haluan masing-masing dan berpisah pada Disember 2021 yang lalu.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ohbulan.com