Putera sulung men1nggal 2 hari sebelum Aidilfitri, wanita ini jemput kawan-kawan arw4h anak datang beraya… Riuh-rendah jadi ubat rindu

KETIKA semua pihak teruja menyambut Aidilfitri, ada antara kita yang diuji dengan kehilangan insan tercinta.

Bagi Sharifah Intan Nadhira, meskipun reda dengan pemergian anak sulung buat selama-lamanya, namun dia masih belum boleh menerima kehilangan.

Tambahan pula, 4rwah Muhammad Afi Syahmi Adi men1ngg4l dunia pada 19 April lalu iaitu dua hari sebelum umat Islam meraikan 1 Syawal

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita mengenai anaknya, ujar pembuat dan peniaga kek di Senawang, Negeri Sembilan itu, Syahmi disahkan menghidap k4ns3r tulang sejak dua tahun lalu.

“Saya ada dua orang anak, Syami berusia 16 tahun manakala adik perempuannya 12 tahun.

“Dia s4kit sejak berusia 14 tahun,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Intan, anaknya merupakan seorang yang pemalu dan tidak banyak bercakap.

Walau bagaimanapun dia mempunyai ramai kawan kerana sejak sekolah rendah, anaknya itu begitu aktif dalam kokurikulum.

“Masa di sekolah rendah dia sangat aktif, gelaran olahragawan pernah diterimanya sebanyak dua kali berturut-turut.

arw4h Syahmi seorang yang pemalu namun mempunyai ramai sahabat.

“Selain itu, dia juga sering menyertai kelab tarian atau apa sahaja aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

“Disebabkan itu, selain mempunyai ramai kawan, dia turut dikenali cikgu,” katanya sambil menambah Syahmi juga seorang gamers.

Meskipun sudah men1ngg4l dunia, namun rakan-rakan Syahmi tetap berhubung mesra dan selalu menghubungi Intan.

Malah baru-baru ini, hampir 20 orang rakannya datang ke rumah untuk beraya.

Masa di sekolah rendah dia sangat aktif, gelaran olahragawan pernah diterimanya sebanyak dua kali berturut-turut.

SHARIFAH INTAN NADHIRA

IBU

“Kawan-kawan dia memang jenis suka datang rumah, masa arw4h sihat pun mereka akan datang.

“Kali ini mereka datang sendiri selepas maklumkan nak datang beraya… lagipun kami semua memang dah rapat. Kebanyakannya adalah rakan arw4h daripada sekolah rendah.

“Saya pun cakap dengan mereka, kalau ada apa-apa majlis, saya akan ajak mereka datang,” ceritanya.

Gambar kenangan bersama arw4h Syahmi (dua kiri).

Malah keakraban yang terjalin mendorong rakan-rakannya menziarahi kubur arw4h Syahmi beberapa kali.

“Mereka dah dua kali ziarah kubur arw4h dan setiap kali pergi, mereka akan maklumkan kepada saya. Kami juga selalu berhubung,” luahnya lagi.

Terdahulu, video rakan-rakan arw4h Syahmi yang datang beraya mendapat lebih 2.1 juta tontonan selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video berdurasi 49 saat itu membuatkan pelayar TikTok turut berasa seb4k dan sayu.

Rakan-rakan arw4h Syahmi datang beraya.

“Seolah-olah arwh Syahmi tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada sahabat kerana sudi mengubat kerinduan ibu terhadapnya.

“Allahuakbar… semoga sis dan suami terus reda, al-Fatihah buat arw4h Syahmi.

“Pagi-pagi dah berjujuran air mata stalk semua video TikTok. Al-fatihah buat Syahmi,” ujar warga maya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar