Rita Rudaini Dah Tak Kuasa Melaram Baju Raya, Berbaju Kemeja T Dan Kain Batik Pun Tetap Cantik

PENAMPILAN aktres jelita Rita Rudaini yang bersahaja ketika bergambar bersama beberapa kenalan yang bertandang ke rumah keluarganya di Perlis bersempena Aidilfitri menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

Mana tidaknya, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, hanya mengenakan kemeja T hitam bersama kain batik manakala wajahnya polos tanpa sebarang solekan.

Pun begitu, kecantikannya masih terserlah dan mendapat pujian netizen yang menyifatkan Rita tetap cantik meskipun hanya mengenakan pakaian biasa.

Rita pada bahagian kapsyen foto berkenaan, dia sudah tidak kuasa untuk memakai pakaian raya apatah lagi kebanyakan masanya dia berada di dapur.

Rita Anak Anak

Persiapan raya Rita adalah untuk dua anaknya.

Katanya lagi, sebagai seorang pelakon dia sudah puas menggayakan pelbagai pakaian dalam drama lakonannya.

“Saya dah tak kuasa nak pakai baju raya… inilah baju raya saya.

“Penat la nak melaram, cukuplah melaram dalam drama TV sahaha, itu pun saya rimas. Tempat saya dekat sinki dapur sahaja,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberitahu hanya memakai baju kurung lama yang sudah berusia 11 tahun pada pagi raya.

Kata Rita, sempena lebaran kali ini, dia hanya membuat persiapan dengan membeli baju Melayu sebanyak tiga pasang buat dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.

“Selamat Hari Raya… anak-anak mommy siapkan baju-baju baru tiga pasang tapi mommy baju raya tahun 2012 sahaja,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar