“Sejak adik balik ni baru dapat jumpa abah !.”- Arja Lee Meluahkan Rasa Syukur Dapat Bertemu Bapanya Yang Kini Sudah Boleh Bernafas Seperti Biasa

Setelah empat hari menerima rawatan di h0sp1tal, pelakon, Arja Lee memaklumkan bapanya kini sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah pada Rabu.

Jelas Arja, dia berasa amat bersyukur kerana baru ketika ini dia berkesempatan untuk bertemu dengan ayahnya setelah pulang daripada melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Malaysia Kelantan baru-baru ini.

Katanya lagi, keadaan bapanya kini telah pun beransur sembuh dan dia kini sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Arjalee®️ (@arjalee)

“Tengah hari tadi Abah dah discharge, Alhamdulillah after 4 days duduk di h0sp1tal and abah dah boleh balik . Syukor yang teramat sangat sebab, sejak adik balik ni baru dapat jumpa abah !

“Keadaan abah sedikit baik sebab abah dah tak payah pakai oksigen lagi , abah dah boleh bernafas sendiri tapi abah still lemah.

“Abah lalu sangat makan tadi, rindu rumah kan. Berselera sangat abah makan tadi,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pesan Pada Hati itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instgram.

Bagaimanapun, sehingga kini, Arja dilihat masih belum mendedahkan mengenai peny4kit yang dialami bapanya itu secara terperinci.

Pada masa sama, Arja turut berdoa semoga bapanya itu diberikan kekuatan dan sihat semua seperti sedia kala.

“Abah kena kuat ya, terus kuat semangat sebab abah sangat kuat.

“Semua ada ni, doakan abah terus sihat macam biasa . Anak menantu cucu semua ada!,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menitipkan doa semoga bapanya itu kembali sihat seperti sebelumnya.

Sumber: Instagram Arja Lee

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH