BELUM selesai isu promosi aktiviti perjvdian dalam talian menggunakan tema sambutan Hari Raya, muncul pula video kedua menggunakan konsep sama.
Terbaharu, satu lagi video iklan menggunakan tajuk Hari Raya Berkarya yang turut mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang berganda tul4r di media sosial.
Berlatarbelakangkan lagu sambutan Aidilfitri dan barisan pelakon berbaju raya, iklan berdurasi tiga minit 19 saat itu ternyata mengundang kemar4han netizen.
Video tersebut menggunakan pelakon berbaju kurung dan baju Melayu.
Ia dilihat mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang berdepan pelbagai kesukaran sebelum menyambut hari lebaran.
Video itu dilihat menggunakan konsep yang sama dengan mengajak orang ramai ‘cuci duit’ bagi mendapatkan duit dalam kadar segera.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung rakaman video yang berdurasi tiga minit 19 saat berkenaan.
“Kita akan siasat (rakaman video berkenaan),” katanya ringkas menerusi mesej di aplikasi WhatsApp, hari ini.
Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang mempromosikan satu permainan judi.
Semalam, melaporkan kewujudan video lagu raya berdurasi dua minit dan satu saat yang tul4r di media sosial dengan memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjvdi untuk mendapatkan ‘duit raya’.
Video berkenaan dipercayai dikeluarkan sindiket perjvdian dalam talian yang memperhebat promosi kegiatan har4m itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya akan mengesan pelakon dan penerbit video iklan mempromosikan jvdi dalam talian berkenaan.
Acryl dipetik berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat video berkenaan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah jvdi terbuka.
Katanya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, sebuah iklan yang sama dikeluarkan syarikat perjvdian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tul4r di media sosial sejak Khamis.
Malah iklan perjvdian berkenaan turut menggunakan khidmat lima pelakon Muslim tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka.
Salah satu babak dalam video tersebut.
Menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat, wakil kumpulan pelakon MV pertama berkenaan iaitu Saifullah Mohd Yunus, 24, mendakwa tidak mengetahui mengenai latar belakang sindiket berkenaan yang menggunakan khidmat mereka untuk tujuan promosi jvdi.
Susulan daripada itu, lapan individu termasuk lima pelakon iklan video muzik (MV) raya yang mempromosikan perjvdian dalam talian akhirnya dicekvp pihak p0lis.
Timbalan Ketua p0lis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penahanan lapan individu tersebut membabitkan lima lelaki dan tiga perempuan terdiri daripada pelakon, ejen artis, jurukamera serta pengarah yang juga penerbit video berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar