Mak mertua selalu datang rumah ketika saya dan suami sedang ‘bersama’, s4kitnya hati..

Gambar sekadar hiasan

Assalam.. Terima kasih admin jika luahan hati saya ni disiarkan. Baca tajuk cerita ni, mesti semua ingat saya nak cerita tentang bermadu dengan wanita lain yang r4mp4s perkahwinan saya kan? Hakikatnya, tak. Alhamdulillah, suami saya seorang yang bertanggungjawab dan setia. Saya doa dia macam tu sampai akhir nafas kami.

Kisah saya, saya terasa dimaduk4n dengan mertua. Kerap gduh dengan suami. Saya rasakan, saya lah yang jahat dalam rumahtangga ini. Dah berkali juga, saya minta suami lepaskan saya atas alasan ini. Saya juga rasa, saya menjadikan dia anak yang tidak patuh, kurang ajar dan juga derhaka.

Jadi, saya rasa elok lah jika kami berpisah. Suami tak nak. Suami kata, susah payah kami harung bercinta bertahun-tahun. Bila dah bernikah, tak mungkin lah dia senang-senang nak lepaskan isteri.

Kisahnya begini, dulu masa awal pernikahan, perkahwinan kami diuji dengan kesusahan. Biasalah, baru nak hidup kan. Kami menyewa rumah keluarga suami.

Tapi, hampir setiap hari, keluarga suami akan datang, tanpa ada selang hari pun. Kadang-kadang datang bawa makanan, ibu kata sebab masak lebih, teringat kami sekali, jadi ibu bawakan makanan yang dimasak. Katanya lauk kegemaran suami.

Dari seminggu jadi sebulan, dari sebulan sampai berbulan-bulan berlanjutan begitu. Kadang-kadang saja datang melepak, tapi sampai jam 2 3 pagi kalau masing-masing datang dari jam 9 malam. Siapa tak seronok tetamu datang kan?

Tapi, sedikit sebanyak saya terasa tiada privasi. Tipu kalau saya tak aju pada suami tentang ibu. Bergduh juga kadang2 tu. Suami kata, saya terlalu banyak songeh. Bagi saya, saya rasa privasi saya dig4nggu.

Ada masa juga saya terasa seperti ibu sengaja tak nak bagi suami makan air tangan saya. Kadang-kadang ibu telefon, samada saya dah masak atau belum, jika belum, ibu suruh simpan semua lauk, tak payah masak, ibu akan hantarkan lauk nanti. Mula-mula memang seronok, ye lah, rasa rileks kan.

Oleh kerana gaji suami tak besar, kadang-kadang ibu bunyi juga tentang sewa rumah. Baba tak kisah tentang bagaimana bayaran rumah dan lain lain.

Tapi, dalam masa yang sama ibu datang dan hantar makanan sambil melepak tu, ibu akan rungutkan yang suami cuma tahu kahwin tapi semua nak harap keluarga.

Ikutkan, memang saya cadangkan pada suami untuk sewa bilik sahaja, tapi baba yang berkeras untuk kami tinggal di rumah keluarga. Sebab, baba kata lebih memudahkan kami, zaman sekarang sangat mencabar.

Baba beri izin, tinggal dan sewa lah dahulu tanpa perlu runsing tentang bayaran rumah. Ada duit, bayar. takde duit, baba halalkan. Baba memang mertua terbaik. Kadang-kadang segan juga dengan baba, macam banyak sangat bantu kami di awal perkahwinan.

Masuk tahun kedua perkahwinan, ibu dah jarang datang melepak, sebab kami dah pindah. Jarang bukan bermakna tak datang, ibu tetap datang. Cuma sudah tidak kerap seperti tahun pertama.

Ibu masih lagi bekalkan makanan setiap kali datang, cuma bezanya, saya dah ada peluang masak untuk suami, lebih masa bermanja dengan suami dan lain2.

Tapi, tetap ada masalah, ibu kadang-kadang datang tak kena waktu. Ada masa tu datang di waktu malam, waktu kami sedang ‘bermesra’. Ibu telefon, tapi kami tak jawab.

Kami fikir, mesti ibu faham yang kami mungkin sudah tidur atau ada urusan lain. Sebab, dah malam kan.

Sangkaan kami meleset, sebab ibu terus terpacak depan pintu rumah waktu kami masih lagi ‘bersama’. Kelam kabut kami dengar ibu beri salam. Soalan pertama ibu, “kenapa tak angkat panggilan? Dah banyak kali telefon”

Tak tahu saya nak gambarkan perasaan saya. Perkara seperti itu bukan hanya sekali terjadi, tapi berulang beberapa kali. Makan hati? Saya rasa sudah habis hati ini kalau saya nak kira makan hati dari awal perkahwinan.

Pertengahan perkahwinan di tahun kedua, suami kehilangan kerja, kami terpaksa menumpang di rumah mertua. Dugaan masa ini, saya tak dapat gambarkan. Saya dif1tnah ipar. Katanya, saya marah ipar tanpa sebab. Padahal, saya tidak banyak berbual pun dengan ipar.

Setiap kali saya nak membantu mertua, mertua tolak dan tak beri saya bantu apa2, jika saya tanya, mertua kata semua dah siap, kalau saya cuba usik, mertua kata jangan memandai. Kadang2 tu saya duduk tengok je apa yang mertua buat tapi otak kosong melayang.

Suami saya pula suka bantu buat kerja rumah, sejenis ringan tulang, masa di rumah mertua pun, memang dia tetap bantu. Baru saya tahu rupanya, semua yang jadi di rumah mertua, mertua cerita pada orang. Katanya, saya isteri pemalas dan manja. Suami buat semua.

Tak nak bantu buat kerja rumah, sedangkan saya setiap hari kemas rumah, basuh pinggan dan buat kerja yang boleh. Saya sedar saya hidup menumpang. Ptah hati saya bila saya tahu apa yang jadi di belakang saya.

Di sini mulanya konflik saya dan suami. Suami tak mahu dengar apa saya luahkan. Katanya, syurga di bawah tapak kaki ibunya. Hncur hati saya. Suami juga cakap, jangan cakap benda yang saya tak pasti. Sebab saya hanya tak sengaja tahu dari orang sekeliling, entah2 orang luar yang buat cerita.

Sampai satu tahap, saya dah tak larat, saya solat hajat, baru lah suami tahu semua cerita sebenar. Suami menangis, minta maaf sebab selama ni tak percayakan saya. Suami mungkin juga sebelum ini, stress dengan tiada kerja, hanya buat freelance sementara mencari kerja tetap.

Alhamdulillah, selepas setahun lebih, tidak lama selepas kejadian tu, suami dapat kerja semula, yang lebih baik dan bayaran yang lebih setimpal. Kami pun dapat duduk di rumah sewa sendiri.

Beberapa tahun, tidak banyak isu yang terjadi, sebab suami pun baru dapat bekerja semula. Tapi, masalah jadi bila gaji suami mula meningkat naik setahun dua ini.

Saya terasa hati semula dengan suami, ibu jadi pantang suami belikan saya apa2, atau kami pergi berjalan. Ibu mesti akan sindir bila kami balik rumah mertua.

Setiap kali saya dapat apa2, ibu macam kena dapat jugak. Kalau saya berjalan dengan suami, ibu macam cembvru, macam kami sengaja pinggir ibu, tak bawa ibu sekali.

Setiap kali suami bawa saya kemana2, memang jarang saya upload di media sosial, saya takut. Malah, trauma awal perkahwinan juga masih belum boleh saya lupakan.

Lama2 saya jadi tertekan. Setelah beberapa tahun ni, saya rasa seperti saya bermadu. Saya faham. Suami bertanggungjawab pada keluarganya.

Tapi, kadang2 saya jadi berkecil hati, seolah saya tidak boleh dapat apa2 dr suami. Kadang2 saya terungkit, apa sahaja saya beli, kena beli pada ibu juga kan? Jika bukan beli untuk ibu, ibu akan suruh suami beli untuk ipar saya.

Kami seperti biasa, bergduh. Suami kata tak salah untk dia menghulur sedikit pada ibu dan adik2, tapi saya pula rasa tidak adil, kerana setiap kali saya nak belikan untk keluarga saya, suami akan buat spot check kemana duit saya mengalir.

Sedangkan, tidak selalu saya jumpa keluarga, jauh saya nak balik ke kampung halaman. Kadang2 saya rasa macam saya mer4mp4s hak ibu.

Saya bukan kahwin dengan anak tunggal. Ipar yang lain kebanyakannya sudah bekerja. Hanya tinggal lagi dua orang yang masih bersekolah dan akan tamat persekolahan. Tapi, oleh kerana suami sulung, ibu buat macam suami anak tunggal.

Ibu tak akan suruh yang lain bila ada apa2 urusan, sebaliknya akan suruh kami yang tinggal jauh dan jarak sejam untuk balik rumah uruskan apa2 urusan berkaitan kerana alasan suami anak sulung. Sedangkan, di rumah, ada lagi ipar lain yang boleh bantu.

Saya buntu kini. Tertekan. Saya bahagia dengan suami, tapi dalam masa yang sama, saya rasa saya perlu pulangkan semula suami saya pada keluarga. Keluarganya lebih memerluukan suami. Bukan saya tak mahu bertolak ansur, cuma saya sudah rasa seperti penat.

Penat dengan setiap perkara yang terjadi. Suami anak yang baik, tapi jika setiap kali kami bertengk4r tentang hal yang sama, rumahtangga ini sudah jadi kian h4mbar. Patut ke saya bercrai?

Sumber – Jay (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.news.allmhi.com/2021/04/17/rmh679saya/