Selain Dian Sastrowardoyo, 3 Selebriti Indonesia Ini Masih Baik Dengan Keluarga Walaupun Beza Agama

Kebiasannya perbezaan kepercayaan akan menjadi masalah dalam sebuah keluarga. Namun, 5 selebriti Indonesia membuktikan bahawa walaupun perbezaan agama dalam keluarga, hubungan mereka dengan ibubapa masih bahagia. Anda ingin tahu siapakah selebriti Indonesia yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Nana Dan Naysilla Mirdad

via Instagram @nanamirdad_

Adik beradik kembar Nana dan Naysilla Mirdad merupakan anak kepada pasangan aktres dan model, Lydia Kandou dan Jamal Mirdad yang berkahwin pada tahun 1986. Lydia merupakan beragama Kristian dan Jamal beragama Islam.

Lydia dan Jamal dikurniakan empat orang anak, Nana Mirdad, Naysilla Mirdad, Kenang Kana, dan Nathana Gaza. Namun hanya Nana dan Naysilla yang mengikuti kepercayaan ibunya, manakala dua orang lagi mengikuti kepercayaan Jamal yang beragama Islam.

Walaupun Lydia dan Jamal sudah bercer4i pada tahun 2013, hubungan antara Nana, Naysilla, dan adik beradik lain terhadap ibubapa mereka masih baik.

Malah, Nana yang kini menetap di Bali setelah berkahwin dengan Andrew White, masih menziarahi ibunya, mereka masih dilihat bersama dalam setiap majlis dan masih menjaga hubungan baik masing-masing.

Dian Sastrowardoyo

Bintang filem Ada Apa Dengan Cinta ini dilahirkan dari keluarga yang bukan beragama Islam. Namun, apabila semakin dewasa, anak perempuan kepada Ariawan Rusdianto Sastrowardoyo dan Dewi Parwati Dewi Setyorini ini membuat keputusan untuk menjadi mualaf. Dian juga telah mengucapkan dua kalimah syahadah pada tahun 2006.

Keputusannya untuk memeluk agama Islam bukanlah disebabkan kerana Dian mahu berkahwin dengan Maulana Indraguna Sutowo, tetapi ianya adalah pilihan dari hatinya sendiri. Malah ibunya yang beragama Katolik turut menyokong hasrat Dian untuk memeluk agama Islam.

Bukan itu sahaja, ibunya juga meminta Dian untuk khatam Al-Quran sebelum berkahwin dengan Indraguna.

Asmirandah

Asmirandah dilahirkan dalam keluarga yang berpegang pada ajaran Islam. Walaupun Asmirandah membuat keputusan untuk berkahwin dengan aktor, Jonas Rivano, yang beragama Kristian,  Asmirandah masih beragama Islam.

Namun, lama-kelamaan Asmirandah mula mengikuti kepercayaan agama suaminya. Kedua-duanya sering terlibat dengan upacara keagamaan di gereja. Walaupun pada awalnya isu ini hangat diperkatakan, keluarga Asmirandah menerima Jonas sebagai suami kepada anak mereka dan menerima keputusan Asmirandah untuk bertukar agama.

Reza Rahadian

Aktor Reza Rahadian juga dilahirkan dari keluarga yang mempunyai perbezaan agama. Bapa Reza, Rahim beragama Islam, dan ibunya, Pratiwi Widiantini Matulessy , beragama Kristian. Reza diketahui mengiktui jejak bapanya dan memeluk agama Islam.

Walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai perbezaan agama, aktor berusia 30 tahun ini diajar ibunya untuk saling bertoleransi di antara penganut agama.

Hubungan antara Reza dan ibunya juga dikatakan sangat harmoni. Lebih-lebih lagi, ibunya adalah antara penyokong terbaik dalam kariernya selama ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my