Para penduduk hidup dalam ketakutan selama 2 hari gara-gara kemunculan seekor haiwan mist3ri bertenggek atas sebatang pohon berhampiran sebuah apartment di Krakow, Poland.
Makhluk tersebut dikatakan sudah berada di atas pohon itu selama sekitar dua hari, kewujudannya membuatkan para penghuni bertindak menutup tingkap mereka.
Susulan itu, salah seorang daripada penghuni tersebut telah melaporkan kewujudan ‘haiwan’ pelik itu kepada badan kebajikan haiwan, mendakwa spesies berwarna coklat itu telah ‘bertenggek’ di pohon berkenaan tanpa sebarang pergerakan.
“Ia duduk di situ berhari-hari dan semua takut dengannya. Datang dan kutip haiwan itu,” kata pemanggil berkenaan seperti dilapor Global News.
Jelas portal itu, staf di badan kebajikan berkenaan bertanya jika haiwan itu adalah seekor burung, namun pengadu tersebut mendakwa ia kelihatan seperti iguana.
Susulan itu, pihak badan kebajikan telah hadir ke tempat kejadian bagi meneliti ‘haiwan’ misteri berkenaan.
“Kulit per4ngnya berkilat di bawah matahari. Kami perhatikan dengan dekat, dan ia tiada kaki atau kepala,” tulis wakil badan tersebut.
Apabila pegawai itu berkata, kemungkinan ia seekor burung yang s4kit, wanita itu menafikannya, lapor Times Now News.
Namun, apabila pasukan penyelamat datang ke lokasi yang diberikan penghuni tersebut, mereka menerima satu kejutan. Makhluk itu sememangnya tidak bergerak terus dan tidak memiliki kaki dan kepala.
Hasil penelitian, mereka akhirnya mendapati haiwan yang digeruni itu rupanya adalah sebiji croissant yang dipercayai dibu4ng untuk burung-burung, namun tersangkut di atas pokok berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Siakapkeli