Tahniah! Tunku Zahrah Zarith Aziyah, Cantiknya Nama Pilihan Anak Keempat TMJ Dan Che Puan Khaleeda

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam menyambut kelahiran anakanda keempat pada Rabu.

Berita gembira itu diumumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Che’ Puan Khaleeda.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

“Menjunjung titah, Jumaah Majlis DiRaja Johor sukacita mengumumkan dengan izin Allah S.W.T. bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja menamakan puteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di h0sp1tal Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut:

“Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail,” maklum Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, dalam surat berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YAM Che’ Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan perkahwinan pada 2014.

Pasangan diraja ini dikurniakan tiga cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

TMJ & isteri luahkan rasa syukur

Perkara tersebut turut dinyatakan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di media sosial masing-masing.

Pasangan diraja itu meluahkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata keempat dan sempat berkongsi gambar keluarga bersama puteri yang baru diputerakan semalam.

Justeru itu, media sosial TMJ dan Che Puan Khaleeda telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet dan kesemuanya mendoakan agar keluarga baginda terus diberi kesejahteraan yang baik sepanjang masa.

Antara Komen :

Your Royal Highnesses congrats for the additional to the family. May the Almighty God bless Your Royal Highnesses and family. Daulat Tuanku

Congrats HRH TMJ and family on the arrival of the baby in this blessed month of Ramadhan

Sumber: Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim, HRHJohorII, ymchepuankhaleeda (foto)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via TTK