Pengacara televisyen Dayah Bakar berkongsi momen pertama anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia lapan bulan ke sekolah.
Kata Dayah, sekolah itu sebenarnya berkonsepkan playgroup yang bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran baharu dan bersosial.
“Hari pertama Fahri ke sekolah. Tiba-tiba Fahri dah pergi school, apa ni?
“Basically, it’s a playgroup, jadi Fahri boleh jumpa friends, explore new thing and environment. Sekejap je, around 2 hours.
“I surely cherish moment like this and of course Dayah record and documented it, so someday Fahri boleh tengok balik.
“Setiap waktu bersama sangat berharga, sentiasa bersyukur, jangan kita sia-siakan dan remember, when you do something, do it out of love,” tulis Dayah menerusi akaun Instagramnya.
Dayah turut berkongsi keletah mencuit hati Fahri sepanjang perjalanan ke sekolah ditemani juga bapanya yang masih berpakaian uniform, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
Video berdurasi 5 minit itu juga turut menambat hati warganet yang turut terpaut dengan kecomelan Fahri.
View this post on Instagram
@_hellonad; “Kenapa saya tengok Fahri ni macam pocoyo?! Comelnya! Geram tengok!”
@syuktwitter; “Tersenyum sorang² la kalu tengok video Fahri”
@ummulnurkhairiyah; “Comelnyaa Fahri tak takut pun dengan orang lain”
@cixx.azyy; “Ya Allah comelnya. Btw kesian Fahri kena tarik tapi Fahri kuat kan”
@izunorrama; “Bestnya Fahri kecik-kecik dah main dengan orang putih”
@asnirda_79; “Cepatnye Fahri dah gi school…besar dah dia”
@noraaini97 “Happy nya fahri pergi school❤️❤️❤️”
Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Difahamkan Dayah dan Fahri akan menetap bersama Hanif di Ausralia selama setahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak via TTK