PETALING JAYA – “Kacaknya, wajah iras Hairul Azreen.”
Itu antara komen yang ditulis netizen dalam ruangan komen hantaran Instagram pendakwah bebas, Haris Ismail,26, hari ini.
Meskipun hantaran tersebut dimuat naik untuk tujuan promosi ubat kesihatan, namun ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada golongan wanita.
Rata-rata netizen memuji ketampanan bekas peserta program Pencetus Ummah itu yang dilihat semakin kacak selepas berkahwin.
Tangkap layar komen nakal netizen kepada Haris.
Malah, ada juga yang mengatakan wajah suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mirip pelakon, Hairul Azreen dan penyanyi, Sufian Suhaimi.
Lebih lucu, terdapat netizen wanita yang berselor0h kecewa kerana Haris sudah berkahwin.
“Pening lihat awak kacak sangat.
“Ish suami orang ni,” tulis netizen.
Haris bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut sebentar tadi.
Untuk rekod, Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail selamat mendirikan rumah tangga bersama Neelofa pada 27 Mac lalu di sebuat hotel terkemuka di ibu negara.
Bagaimanapun, majlis perkahwinan pasangan itu masih menjadi perdebatan netizen kerana didakwa mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) dan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Beberapa jam selepas posting itu mendapat pujian netizen, pemerhatian Kosmo! Online mendapati gambar itu telah dipadamkan. – K! ONLINE
“Mungkin Orang Bercakap Soal Peribadi Saja”-Giliran Datin Alyah Mula Bersuara Tentang Pu Riz
Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.
Berkonsepkan ker0hanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.
“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.
“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.
“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.
“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlvk4n dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlvk4n.
“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.
“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.
“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.
“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.
Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingsangat via MR