Suami pasang aircond kat kampung utk keselesaan kami juga. Tapi bila balik kmpg org lain pulak duduk bilik tu

Hi semua… Tujuan aku post ni hanya nak minta pendapat pembaca semua. Nama aku Rose… seorang guru… suami aku S, seorang pegawai tentera…

suami ada 2 orang adik lelaki A dan B… aku jarang sangat balik kg suami sbb kekangan kerja suami aku yang asyik ke luar negara dan operasi berbulan2…

bila suami dapat cuti sebelum dan selepas operasi barulah kami balik ke kampung nya.

Dalam adik beradik aku, semua berjaya habis belajar dan dapat kerja mengikut ijazah masing2 tapi berlainan pula dengan adik beradik suami.

Suami anak sulung, adik beradik dia yang lain hanyalah tamat spm dan bekerja biasa… dari dulu lagi, adik beradik suami sangat mengharapkan pertolongan suami setiap bulan…

tapi suami dah bayar balik harga gelang tu selepas kawen…Rumah mertua aku hanya mempunyai 3 bilik… bilik utama, bilik tengah dan bilik belakang…

bilik tengah ada tingkap tapi masih ada udara panas keluar masuk tapi bilik belakang panas nya macam oven…

Setiap kali kami balik, kami akan ditolak ke bilik belakang sebab tak ada siapa nak duduk bilik tu sebab panas…

kami redha tak nak berebut dengan adik2 yang lain…A dan isteri akan duduk bilik tengah… bila anak sulung kami lahir,

aku cadangkan supaya suami utk pasang air cond… nak bagi anak kami selesa… yelah, kalau tido dalam bilik tu,

Aku dan wife A bersalin pada tahun yang sama cuma bulan berbeza… masa aku nak bersalin, cuma wassap doakan aku selamat bersalin…

macam2 alasan nak datang tengok aku pantang, jauh la apa la…padahal 3 jam perjalanan je… tapi bila wife B nak bersalin,

3 hari sebelum dah berkampung kat rumah B tunggu dia nak bersalin… kalau kalian jadi aku terasa tak?

Aku cakap pada suami aku terasa… barulah sebenarnya suami luahkan yang dia pun perasan apa yang jadi cuma malas nak memperbesarkan isu…

arw4h mak suami dah men1ngg4l tapi ayah dia dan kahwin lain… dia tak nak ayah dia ingat dia tak suka mak tiri dia…

Aku tau aku takde hak nak terasa dengan keluarga mertua, tapi aku pun manusia biasa yang ada hati perasaan… huhu.

Betul cakap orang, kita boleh anggap keluarga mertua kita macam keluarga kita, tapi belum tentu dia boleh anggap kita macam keluarga dia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.allnws.com