Yudo Margono (kiri) dan Panglima TNI Hadi Tjahjanto (tengah) hadir pada sidang media bersama barangan yang ditemui dari kapal selam KRI Nanggala 402, di Bali, 24 April, 2021. (Foto AP)
ANGKATAN Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) menolak kemungkinan kapal selam KRI Nanggala 402 yang hil4ng Rabu lalu di Perairan Bali meletup di dasar lautan.
Keyakinan itu dinyatakan Ketua Turus Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono susulan penemuan serpihan yang dipercayai dari kapal selam terbabit.
“Ia tiada kena mengena dengan letupan kerana, sekiranya letupan berlaku, kapal itu pasti musnah sepenuhnya bersama k3semua barangannya,” katanya pada satu sidang media di Denpasar, Bali pada Sabtu.
Pada sidang itu, beliau turut menunjukkan barangan yang ditemui dari kapal itu.
Antara barangan yang ditemui dari kapal selam KRI Nanggala 402. (Foto AP)
Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal yang membawa 53 anak kapal itu memasuki fasa baharu dengan mengambil kemungkinan kapal itu telah tenggelam dan tiada yang terselamat.
Ia selepas kapal selam buatan Jerman itu dipercayai kehabisan bekalan oksigen pada awal pagi Sabtu selepas hil4ng lebih 72 jam.
Sementara itu, sebuah pesawat peninjau Amerika, P-8 Poseidon, dan sebuah kapal perang Australia tiba pada awal pagi Sabtu bagi menyertai operasi pencarian.
Beberapa negara lain termasuk Malaysia dan Singapura juga terlibat dalam menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit
KRI Nanggala sudah dijumpai di bawah dasar laut perairan bali 850 meter dibawah dasar laut.
Nanggala 402 Terbelah Tiga – Ketua Angkatan Laut Indonesia
Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana TNI Yudo Margono memaklumkan keadaan kapal Nanggala-402 terbelah menjadi tiga bahagian.
“Ini terdapat bagian-bagian dari KRI Nanggala. Di sana KRI Nanggala terbelah jadi tiga bagian,” kata Yudo dalam satu sesi temubual.
Yudo memberitahu bahawa keadaan kapal tersebut didapati berdasarkan pantauan Kapal Bantu Angkatan Laut Indonesia (KRI Rigel).
“Kontak ditemui dalam keadalaman 800 meter. Kemudian dikenal pasti kontak tersebut oleh MV Swift Rescue pada 07.37 waktu Indonesia.”
“Dan pada jam 09.04, ROV Singapura mendapatkan kontak visual pada posisi 7 darjat 48 minit 56 detik selatan dan 114 derajat 51 minit 20 detik timur, tepatnya dari titik tenggelamnya Nanggala berjarak lebih kurang 15000 yard di selatan, pada kedalaman 838 meter terdapat bahagian-bahagian dari Nanggala.”
“Di sana Nanggala terbel4h menjadi 3 bahagian,” tambahnya.
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjhajnto sebelum ini menyatakan bahawa Nanggala dipercayai tengglam.
Akhirnya ditemui jua kamu Nanggala
Salam Takziah admin dan Rakyat Malaysia ucapkan kepada ahli keluarga,TNI AL dan rakyat Indonesia Semoga mereka tabah dan bersabar
Perginya perajurit di bulan mulia atas tugasan murni bakti pada pertiwi
Al Fatihah (Dibaca)
Sumber FB : Asean Security Observer
FAKTA
– 534 meter (1752 kaki) Adalah Kedalaman (lautan) maksimum pernah dicapai oleh manusia tanpa menggunakan pesawat
– 685.8 meters (2,250 kaki) adalah Tekanan tahap tinggi ( di dalam kebuk hiperbarik) yang dicapai oleh manusia
-300 meter (984 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan gas campuran.
– 50 meter (164 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan udara mampat
– 7000 meter adalah Kedalaman maksimum bagi `Remote Operated Vehicle) – 1300 meter adalah Kedalaman maksimum bagi kapal selam military
– 11,000 meter (11km) adalah Kedalaman maksimum dicapai bagi kapal selam penjelajah
Kapal selam kategori militari yang direka boleh menyelam sehingga kedalaman melebihi 1000 meter datang dari 2 kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Amerika Syarikat.
Kapal selam Rusia K-278 Komsomelets boleh menyelam sehingga kedalaman 1300 meter (4265 kaki).
Lunasnya diperbuat dari titanium, dengan material tersebut menjadikannya mampu menahan tekanan tahap tinggi melebihi daripada lain-lain kapal selam yang diperbuat menggunakan besi bukan titanium.
Kapal selam nuklear terbaik milik US kelas seawolf mampu 730m (2400kaki saja)
Sumber: VOCKET via citer maya
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :http://trendingsangat.pw/ via https://www.dedah.site/