“Tak nak datang tak apa, tunggu je jas4d Along depan rumah” – Bapa akhirnya rentas negeri, kumpul kekuatan memandu sambil men4ngis demi tat4p jen4zah anak kali ter4khir

SETELAH berbulan-bulan terpisah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang bapa tidak menyangka berpeluang untuk merentas negeri sejauh beratus kilometer demi melihat sekujur tubuh anak sulungnya untuk dikebuvmikan.

Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, seorang bapa men4ngis sepanjang perjalanan ketika memandu dari Terengganu ke Selangor untuk pengebvmian anak sulungnya.

“Al-Fatihah untuk Along. Doakan Abah terus kuat,” menurut keterangan video tersebut yang dimuat naik oleh seorang gadis yang merupakan adik arw4h.

Gadis berkenaan, Azizue Haifaa Mohd Zubair berkata, kakaknya men1ngg4l dunia pada usia 29 tahun, Khamis lalu selepas menghidap peny4kit buah pinggang dan peny4kit tibi.

Kesed1han seorang bapa selepas menerima berita kem4tian anak sehingga sepanjang perjalanan untuk urusan pengebvmian.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, kakaknya yang merupakan anak sulung sepatutnya pulang ke kampung di Kuala Terengganu pada Sabtu untuk menerima raw4tan.

“Sejak pandemik c0v1d-19 lebih setahun, keluarga kami di Kuala Terengganu agak terpisah dengan arw4h Along (kakak) kerana PKP dan larangan rentas negeri.

“Kali terakhir arw4h Along pulang ke kampung pada September lalu. Patutnya dia balik Sabtu untuk rawatan, tak sangka Along pergi dulu men1ngg4lkan kami,” katanya kepada mStar.

arw4h Along (kiri) ketika terlantar di h0sp1tal.

Azizue yang berusia 21 tahun berkata, arw4h kakaknya menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis di h0sp1tal Sungai Buloh di Selangor.

Namun katanya, bapanya berusia 52 tahun yang merupakan anggota p0lis di Ibu Pejabat p0lis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kuala Terengganu pulang awal ke rumah pada hari berkenaan.

“Ayah beritahu dia balik awal sebab rasa tak sedap hati pagi tu. Tengah hari mak terima panggilan daripada abang ipar di Selangor maklumkan Along disahkan men1ngg4l dunia di h0sp1tal.

“Mulanya ayah seperti tak percaya sehingga kami terpaksa beritahu ayah beberapa kali. Bila ayah baru sedar Along men1ngg4l dunia, memang ayah men4ngis teruk,” ujarnya.

Kenangan… Sebahagian keluarga bersama arw4h Along (duduk berkerusi roda). Turut serta bapa Azizue (berdiri dua dari kiri, baju putih).

Menurut Azizue, dia sebelum ini dipujuk oleh arw4h kakak supaya datang ke rumahnya di Subang Impian di Shah Alam, Selangor bagi membantunya mengemas barang untuk pulang ke kampung.

“Bukan saya tak nak, tapi atas sebab apa yang membolehkan saya untuk merentas negeri? Along yang sepatutnya balik ke Kuala Terengganu pun hanya selepas menyiapkan segala dokumen perubatan.

 

Ayah beritahu dia balik awal sebab rasa tak sedap hati pagi tu. Tengah hari mak terima panggilan dimaklumkan Along disahkan men1ngg4l dunia

AZIZUE

“Sebenarnya Along dah berkali-kali minta kami sekeluarga untuk datang ke Selangor. Along pernah merajuk dan kata ‘Kalau tak nak datang tak apa, nanti tunggu je jasad Along depan rumah‘.

“Kami tak sangka itu satu petanda Along akan men1ngg4lkan kami. Sebelum ini kami hanya buat video call untuk bertanya khabar dan melepaskan kerinduan,” tambahnya.

Azizue (kiri) bersama arw4h Along.

Dia yang baru menamatkan pengajian Diploma Industri Fesyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu berkata, bapanya mengambil masa untuk mengumpul kekuatan sebelum memandu dari Pantai Timur ke Selangor untuk urusan pengebvmian kakaknya.

“Perjalanan ke Selangor untuk pengebvmian Along tertunda lewat sedikit sebab ayah tak cukup kuat untuk memandu. Saya pula tak ada lesen memandu, selain mak dan adik bongsu berusia 19 tahun.

“Pengebvmian disegerakan pada malam yang sama. Ayah sempat melihat wajah Along buat kali terakhir sebelum dikebvmikan.

“Ikutkan kebvmi jen4zah pukul 9 malam. Kami minta tunggu sebab kami sampai selepas pukul 10.30 malam. Kami sempat tengok jen4zah Along sekejap sebelum dikebvmikan,” katanya sambil menambah jen4zah kakaknya selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Ijok di Ijok, Selangor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :