“Nikah Dengan Askar,” Pengantin Minta Maaf Jalan Laju Ke Pel4min Macam Kawad Kaki

Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya pernah merasai momen berjalan menuju ke pelamin yang pastinya sangat mendebarkan.

Mana tidaknya, puluhan mata memerhatikan tiap langkah yang boleh sahaja membuatkan pihak pengantin berasa segan andai perhiasan atau gerak-geri kurang kena pada pandangan mata tetamu.

Jalan laju ke pelamin

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang wanita di aplikasi Tiktok menggunakan nama ryna mohamad, dia telah memuat naik video majlis persandingannya ketika dia dan suami berjalan menuju ke pelamin.

Apa yang menarik perhatian adalah cara jalan mereka yang begitu laju seolah-olah sedang berkawad kaki. Hal ini berkemungkinan kerana suaminya merupakan seorang tentera dan sudah terbiasa berjalan laju seperti itu.

Pakai kasut 7 inci nasib tak terpeleot

Wanita itu juga turut terfikir-fikir andai sahaja dia terjatuh ketika majlis persandingannya pasti malu besar memandangkan dia memakai kasut tumit setinggi 7 inci.

Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak berlaku dan majlis berjalan dengan lancar sahaja.

Sorry sis tergelak!

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai terhibur dengan masing-masing berselor0h diruangan komen ryna mohamad.

Mereka juga menyarankan agar sesiapa yang berkahwin dengan anggota tentera perlu memberi arahan ‘jalan perlahan’ terlebih dahulu jika enggan melihat mereka berjalan laju menuju ke pelaminan.

Ada yang pernah alami jugak

Pernah pergi kenduri laki bini askar, memang laju

Bukan askar pun ada jugak jalan macam ni

Laju betul jalan tu

Kena bagi arahan ‘jalan perlahan’ dulu agaknya

Jalan slow sikit, bukan padang kawad

Sumber : OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/27/nikah-dengan-askar-pengantin-minta-maaf-jalan-laju-ke-pel4min-macam-kawad-kaki/