“Se0lah 0tak Di Lvtut..” Ramai Pvas H4ti, Pembaca Berita Ber4ni ‘S0und’ Isu K0mpaun Peniaga

Berikutan kes peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000, warganet di pelbagai platform meluahkan rasa kecewa dan terkilan atas tindakan pihak berkuasa.

Walaupun sudah berlaku dua hari lalu, sehingga kini ramai mengatakan tindakan mengeluarkan denda itu disifatkan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Namun bukan sahaja warganet, seorang penyampai berita Astro Awani iaitu Luqman Hariz seolah-olah turut bengang sehingga berjaya menarik perhatian netizen ketika menyampaikan berita mengenai isu berkenaan.

“Awani punya berita”

Seorang pengguna Twitter, @Zulhelmikhari memuat naik video sedutan paparan berita di laman Twitter memperlihatkan penyampai berusia 32 tahun itu sedang membaca berita dengan menyelit skrip ‘tiada otak’.

“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.
“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga,” itu antara kata-kata penyampai berita tersebut.

Ciapan video tersebut diulang kicau hampir 30,000 kali dan mendapat 40,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang berkongsi reaksi kagum terhadap personaliti berasal dari Ipoh, Perak itu.

Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlvk4n lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.

Pembaca macam ni yang kita mahu!

Bukan hanya sebelah pihak…

Respek! Baru betul berita

‘Direct’ tak perlu lapik2

Harap pemberita lain berani macam ni

Risau pula kena buang kerja…

Puas hati!

Terdahulu, Wan Mohd. Faisal yang berdepan kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu diminta mengemukakan rayuan agar boleh diberikan pengurangan atau pengecualian kompaun.

Sumber: Twitter @Zulhelmikhari

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/28/se0lah-0tak-di-lvtut-ramai-pvas-h4ti-pembaca-berita-ber4ni-s0und-isu-k0mpaun-peniaga/