Ketahui Harga Beef Wellington Di Malaysia Selepas Dipopularkan Tunku Azizah

Buat yang mengikuti perkembangan, Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram sudah pasti mengetahui baginda sering kali berkongsi pelbagai jenis resipi masakannya. Ada yang dihidangkan buat keluarga tercinta dan tidak kurang juga buat para petugas istana dan kerja-kerja amal.

Menu Beef Wellington Jadi Perhatian 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)

Ada sahaja menu yang mencuri perhatian dan menambat selera orang ramai. Ini termasuklah menu Beef Wellington yang disediakan oleh Tunku Azizah pada hujung minggu lalu. Menjawab pelbagai persoalan yang diajukan oleh rakyat jelata di ruangan komen, menurut permaisuri kesayangan rakyat ini, menu tersebut termasuklah bahagian pastri telah dibuat sendiri oleh baginda.

“saya buat sendiri puff pastry itu” balas Tunku Azizah menjawab pertanyaan

Bukan Santapan Diraja 

Dalam pada itu, Tunku Azizah menafikan bahawa menu tersebut merupakan santapan diraja kerana ia juga adalah menu kebiasaan yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Difahamkan, Tunku Azizah membalas pertanyaan berkenaan selepas diajukan oleh salah seorang pengikut di laman Instagram. Menerusi carian Murai.my di laman Google mendapati menu berkenaan dijual dengan harga sekitar RM100++ hingga RM350+ bagi setiap hidangan mengikut lokasi.

Via Victoria Station

Ingin mencuba sendiri? Berikut kami kongsikan sebuah video resipi mudah Beef Wellington versi Tya Ariffin untuk anda cuba di rumah. You are welcome!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my