Isteri berpurdah, wajahnya hanya saya lihat pada malam pertama. Sejak itu, terb0ngkar perangai sebenarnya

Foto sekadar hiasan

Assalam semua pembaca. Harap admin hidekan profile saya. Saya seorang suami, ayah untuk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan dan jugak seorang doktor di h0spital kerajaan.  Beban yang saya tanggung hampir 6 tahun ni, dah tak dapat saya simpan. Diluah mti emak, ditelan mti bapak.

Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Saya dengan isteri, ‘berkenalan’ di FB, dia di Msia, di sebuah University Islam di sini, saya di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu saya kenalkan diri saya serba sedikit.

Saya ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi saya orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah. Saya anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik saya k3semuanya bijak dan berjaya semuanya.

Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari saya, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi dan for now tengah buat PHD dan jaga aurat sepanjang masa.

Saya berkenalan dengan isteri atas dasar bisnes (dropship dari China) , saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dengan isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dengan saya.

Saya memang tak pernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut untuk menolak cinta isteri, saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak sahaja.

Untuk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar k3sian dan taknak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah ).

Saya dengan isteri berkahwin di Msjid di Terengganu, hanya ada akad nikah sahaja memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dengan 3 kakak. Semua persiapan nikah,

Isteri dengan saya uruskan melalui whatsapp atau call sahaja. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos.

Hari nikah tulah, hari pertama kali saya akan berjumpa dengan isteri saya. Saya agak terkejut ketika mana dia buka purdah ketika malam pertama, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa sahaja. Tapi tak ape, saya terima.. Saya pun bukannya hensem.

Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi untuk habiskan study saya. Saya dengan isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I’m happy for her.

Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi saya. Isteri start mki hamun saya, cakap saya takde di Msia untuk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. Mki hamun, rajuk, gduh, siap minta cerrai berkali kali berterusan sehingga saya tamat study dan pulang ke Msia.

Untuk pendekkan cerita, saya dengan isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hspital KL.

Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, mki hamun saya, sepak terajng saya bila marah, rumah tak pernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah sahaja cecah RM500 untuk sepasang, dia bukak purdah atas p0lisi syarikat, sebab selalu jumpa client, saya okay sahaja.

Tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan sorang dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya.

Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis.

Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila bergduh, saya mengadu saya penat dengan kerja, dengan kerenah dia, semua tak kena dengan saya, sampai gigi saya pun jadi isu.

Dia hina gigi saya jonggng, saya pakai braces, dia hina saya selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam). Dia takpernah basuh atau ironkan baju saya, saya buat sendiri atau hantar ke dobi.

Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju saya sekali. Langsung takpenah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal takpernah bertukar, saya tukarkan, rumah saya hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci.

Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak saya kasi, 2 3 pinggan dan mug. Takpernah berasap, saya teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air. Ini kopi atau gula pun takde di rumah. Dia? Minum air mineral, beli berkotak kotak simpan di peti.

Saya ni seolah olah housemate sahaja. Kalau saya minum air mineral dia, dia mengungkit. Kadang2 saya terlupa beli air untuk saya, terpaksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia.

Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya kasi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++Gaji dia? Langsung tak bantu saya. Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kadang2 terpaksa keluarkan dividen ASB.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama sahaja, anak kami tu. Kalau saya oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu.

Babysitter pun kena mki dengan isteri saya, asyik bertukar babysitter sahaja. Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri saya suggest untuk hantar ke Umi saya di kampung, saya berat hati, tapi isteri? Suka, langsung takpeduli. Setiap weekend kalau tak oncall, saya akan naik flight balik ke AS jumpa anak, isteri? Taknak. Penat kerja katanya.

Memang weekend, saya habiskan masa di AS dengan anak saya. Bila berjauhan dengan isteri ni, hati makin tawar, saya berjinak jinak dengan Tinder, bila swipe swipe, match dengan Anna (bukan nama sebenar). Lawa orangnya, bertudung tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL jugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey.

Bak kata orang Anna ni memang cool and sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Saya start chat dengan Anna, mengaku sebagai bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama. Memang 100% Anna ni perfect dari segala segi.

Saya dengan Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna memang taktaw status saya. Fb saya tiada gambar anak atau isteri.

Isteri saya? Langsung takpernah tanya saya kemana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit.

Sampai lah 1 hari saya ceritakan semuanya dekat Ummi saya, saya nekad nak bercerrai dengan isteri, and kahwin dengan Anna. Ummi saya minta saya berterus terang dengan Anna dahulu tentang status saya, kemudian buat pengakuan dengan isteri.

Saya buat sepertimana ummi sarankan. Bila Anna taw saya suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali luukakan hati perempuan lain, dia minta saya pulang ke pangkuan isteri.

Saya terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung tak percaya. Dia suruh balik dan didik isteri saya. Dekat 3 tahun lebih saya cuba, langsung tak dapat didik.

Yaa Allah. Saya jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus saya bagitau isteri, yang saya ada wanita lain. Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke? Saya tunjuk bukti, kami bergaduh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis.

Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna ( takperlu tinggal pun, lepas Anna taw saya dah berkahwin, dia terus blocked no saya). Saya dengan Anna putus terus contact, dalam hati saya memang masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berkorban.

Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing.

Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari saya makan mki hamun dia, duit dah taknak kongsi.

Makan hati berulam jantung saya ni. Hari2 saya dengan anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dengan phone, takpun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan.

Isteri saya ni pernah viral dulu dekat Fb, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan bulan. Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , saya pakai myvi sahaja.

Disebabkan saya pernah currang, saya pun turutkan aje, seolah olah tebus d0sa. Nak beranak di Andorra Hspital, padahal saya dktor w4d bersalin. Boleh je beranak di hspital kerajaan, saya boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya.

Sampaikan saya ni hutang dengan kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang.

Dia tinggalkan 2 anak dengan kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam sahaja, akak tu datang 2 jam aje. Dari pkul 10 pagi keluar, pkul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak.

Saya call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, saya memang nekad nak bercerrai. Takkan nak currang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Untuk para suami di KRT, apa patut saya buat? Kang bercerrai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan Fb, kalaulah dia cerita di Fb, memang semua nampak salah saya. Saya pernah currang, hak penjagaan anak anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia tak pernah jaga anak anak.

Kalau saya pergi currang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih saya luukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula.

Nak bercerrai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nanti kalau si isteri saya viralkan k3s currang saya, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia.

Saya nak bercerrai sayang anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sepak terajng saya nanti. Tapi saya tak sanggup nak hidup dengan isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka.

Pkul dengan hujung kain? Saya kena balik nanti. Rep0rt p0lis? Takdelah dia tendang sepak terajang saya sampai lebam lebam, dia perempuan, sepak pun tak kuat, tolak tolak kepala, tampar aje. Semua takde bukti. Pening saya. Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat sahaja.

Sumber: KRT

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.news.allmhi.com/