Jangan kec4m kami, siang malam kami kerja nak bina rumah, beli kereta, rayu isteri abang burger viral

Hari ini viral satu posting di media sosial kononnya abang burger yang kena komp4un sebanyak RM50,000 sebenarnya hidup mewah sehingga mampu membina rumah dan memiliki kereta honda, turut menghangatkan lagi keadaan apabila ada sekeping gambar beliau sedang menjamu selera dengan tomahawk yang dianggarkan bernilai kira-kira rm1000.

Tidak mahu netizen terus berdebat dan mengata sesuatu yang tidak pasti, isteri kepada peniaga burger terbabit tampil menjelaskan keadaan sebenar.

 “Saya tidak pernah kata hidup susah atau meminta bantuan, namun jumlah kompaun RM50,000 itu terlalu besar bagi kami yang mencari makan dengan berniaga.

“Kami juga tidak mahu perkara ini (kompaun RM50,000) dikenakan kepada peniaga lain,” kata Norlaili Shafien, 37.

Norlaili adalah isteri kepada peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang dikomp4un RM50,000 ketika berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, Ahad lalu atas kesalahan berniaga lebih had masa.

Menurutnya, dia dan suami tidak pernah menerima bantuan daripada orang ramai yang mahu membantu mereka menyelesaikan jumlah komp4un itu.

“Saya tidak menerima bantuan itu kerana masih tidak tahu jumlah sebenar komp4un yang dikenakan kepada kami.

“Memang ramai nak bantu dan minta nombor akaun bank, namun setakat ini kami tidak mahu menerima bantuan berkenaan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Mengulas berhubung isu viral kehidupan mewah mereka suami isteri di laman Facebook, Norlaili berkata, rumah yang didiami atas tanah pusaka itu dibina hasil simpanannya yang berniaga burger selama 16 tahun, jual kuih-muih dan tudung dari jam 6 petang sehingga 7 pagi.

Katanya, selain itu, dia terpaksa menjual barang kemas sebanyak RM30,000 serta meminjam daripada ibu dan adik beradiknya.

“Pinjaman daripada ibu dan adik beradik belum dibayar sepenuhnya lagi.

“Kami kerja siang malam mencari wang untuk membuat rumah dan membeli kereta kerana selama ini kami menumpang di rumah ibu selama 11 tahun bersama tiga adik beradik lain,” katanya.

Menurutnya, gambar yang tular dia dan suaminya makan daglng wagyu yang bernilai RM900 itu, Norlaili berkata, dia berkongsi bayar dengan tiga adik beradiknya yang lain.

“Saya minta orang ramai tidak mengec4m kami kerana kami tidak pernah mengambil kesempatan terhadap isu ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Wan Mohd Faisal yang berniaga burger di hadapan rumahnya dikompaun RM50,000 pada jam 11.10 malam Ahad lalu.

Sumber : Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohtular.com