Kuala Lumpur: Pelakon Ainul Aishah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Khalid Redzuan hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Ainul, 36, tidak menolak sekiranya majlis berlangsung lebih awal disebabkan keadaan semasa di sini yang masih belum bebas dari penul4ran Covid-19.
“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Bagaimanapun berdasarkan situasi semasa, kami kena ‘go with the flow’ sajalah.
“Kalau boleh memang mahu cepatkan asalkan majlis itu nanti boleh diraikan insan terdekat pun sudah memadai. Kami juga sepakat untuk buat majlis secara sederhana.
“Khalid pernah merancang untuk melamar saya tahun lalu. Dia nak buat kejutan sempena hari lahir saya pada April. Namun, hasrat itu tak kesampaian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Ditanya mengenai persiapan kahwin, Ainul yang pernah muncul dengan single Don’t Worry Honey itu mengakui sudah mengenal pasti beberapa lokasi, termasuk soal hantaran kedua-dua belah pihak.
“Persiapan masih lagi berjalan dan ia bukan mudah sebenarnya. Kalau boleh saya mahu semuanya teratur. Setakat ini, tinggal lagi untuk kami pilih lokasi yang sesuai dan baju perkahwinan. Hantaran kahwin pun sudah ada dalam senarai. Alhamdulillah ada juga beberapa pihak yang sudi menaja majlis kami nanti, Insya-Allah,” katanya.
Dalam masa sama, Ainul berkongsi turut berdepan dugaan sepanjang tempoh pertunangan mereka.
“Kami baru sebulan bertunang, setakat ini tidak ada dugaan yang besar, malah hubungan kami bertambah baik selepas mengikat tali pertunangan.
“Tipvlah kalau tidak ada langsung, tapi semuanya okay. Doakan yang baik-baik. Apabila diri sendiri sudah menjadi tunangan orang, barulah saya faham apa ertinya itu darah manis.
“Sebelum ini ada rakan beritahu saya, selepas bertunang mesti akan ada dugaan berbeza. Jadi saya pun alaminya juga tapi ia tidaklah membabitkan perkara besar,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM