Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi kata-kata nasihat yang pernah disampaikan oleh ibu tersayang buat dirinya.
Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, aktor drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini sentiasa mengamalkan prinsip untuk bersedekah.
Jelasnya, prinsip ini telah diamalkan bagi dirinya untuk mengejar kejayaan di dunia serta akhirat.
“Ramadan Kareem. Didikkan dari Ibu sentiasa dalam diri.
“Kaya dan Susah manapun bukan ukuran, hidup ini harus Berprinsip dan Beramal.
“Untuk Kejayaan buat Akhirat dan Duniawi Jawapan terjawab dimana saya Berada kini.
“Ya, yg duduk itu Ibu saya. I Miss u Ibu #taatpadayangsatu,” tulisnya.
View this post on Instagram
Lantas, perkongsian pelakon berusia 40 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat juga meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Adi tersebut.
Foto: Instagram Adi Putra
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH