Netizen syak Neelofa rentas negeri lagi, kali ni ini lokasi yg dia pergi

NAMA selebriti sensasi Noor Neelofa Mohd Noor terus menjadi bualan ramai apabila dia sekali lagi dik3san merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kali ini pengguna media sosial mendakwa Neelofa, 32 dan suaminya Haris Ismail, 26, berkunjung ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Telahan itu berdasarkan dua posting Neelofa sendiri di ruangan Instastory pada petang Ahad.

Hasil siasatan netizen, rata-rata yakin kedai karpet yang dikunjungi Neelofa itu terletak di Nilai 3 sungguhpun terdapat cawangan lain di Setapak, Kuala Lumpur selain Johor dan Brunei.

“Tak serik-serik. Best jadi kayangan. Buka kedai karpet pula ke?

“Tolong la husnuzon dengan Neelofa ni. Dia pergi sana singgah je kat kedai tu. Rentas negeri maybe sebab nak buka kedai air baru kat situ.

“Nilai 3 baru diumumkan sebahagian daripa Lembah Klang #donebackup,” demikian komen dan sindiran netizen di Twitter berhubung isu berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi pemerhatian mStar, Neelofa bagaimanapun sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.

Tindakan memadam posting berkenaan lebih mengundang pertikaian netizen sekiranya Neelofa dan suaminya tidak melakukan k3salahan seperti didakwa.

Neelofa dan keluarga sebelum ini dikompaun sebanyak RM60,000 kerana majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu selepas didapati mel4ngg4r SOP PKPB.

Neelofa dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz juga dikompaun kerana menyalahguna kebenaran rentas negeri ketika berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja.

Susulan itu Neelofa tampil mengakui k3silapan dan memohon maaf selain mengakui akan mengambil pengajaran di atas kekec0han yang dicetuskannya sebelum ini.

Instagram Neelofa tertinggi pengikut di Malaysia

PETALING JAYA – Meskipun dilanda 1,001 badai, selebriti berniqab terkenal, Neelofa terus gah dalam media sosial sebagai selebriti tanah air paling ramai pengikut Instagram setakat ini.

Berdasarkan hasil tinjauan Kosmo! Online, sehingga hari ini pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 32, itu memiliki sebanyak 8.6 juta pengikut Instagram.

Jumlah berkenaan sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti paling berpengaruh dalam Instagram Malaysia seterusnya mengenepikan pemegang tangga pertama terdahulu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 8.2 juta pengikut ketika ini.

Catatan tersebut juga membuktikan segala kecaman-kecaman netizen yang kononnya ingin memboikot isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu pelbagai kontroversi seperti pel4ngg4ran prosedur operasi standard (SOP) dan selipar penunggang agama sebelum ini sekadar sia-sia.

Sebaliknya, segala kekec0han yang berlaku seperti teka-teki tarikh pernikahan, lawatan kerja bulan madu dan l4ngg4r SOP sebenarnya memanaskan lagi pengaruh dan kuasa media sosial isteri PU Riz itu serta keluarganya. Tidak hairanlah jika sebelum ini mereka pernah digelar Kardashian Kelantan.

Berdasarkan hasil tinjauan, selain Neelofa dan Siti Nurhaliza, selebriti versatil, Zizan Razak juga antara artis tanah air dengan jumlah pengikut yang ramai iaitu 7.8 juta, diikuti Nora Danish (7.3 juta) dan Mira Filzah (7.2 juta).

Untuk rekod, Kosmo Online! pada 12 Ogos tahun lalu melaporkan Siti merupakan selebriti tanah air yang mempunyai jumlah pengikut Instagram paling ramai, diikuti Neelofa (7.6 juta), Zizan Razak (7.4 juta) dan Nora Danish (7.1 juta).

Minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dan beberapa ahli keluarganya lain turut dikenakan kompaun yang k3seluruhannya berjumlah RM60,000 atas k3salahan mel4ngg4r SOP majlis perkahwinan serta urusan rentas negeri.- K! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/05/lop-crosneg-nilii-cri-kapet/