K0NTR0VERSI membabitkan penyanyi Syafiq Farhain dengan ibu tirinya, Julia Bachok tidak menghalang dirinya untuk terus menyanyikan lagu popular arw4h bapanya, Saleem.
View this post on InstagramKenangan bersame @ningdalton sewaktu kami bersame dgn KD di Istana Budaya.
Syafiq berkata, dia enggan mengambil kira segala masalah yang mengh1mpit dirinya berkaitan perkara itu sebaliknya berazam untuk meneruskan legasi seni bekas vokalis kumpulan Iklim itu.
Persoalan yang tiada jawapan tepat
“Siapa yang mel4rang saya untuk menyanyikan lagu arw4h? Kepada siapa pula saya harus membuat bayaran sekiranya memilih untuk terus menyanyikan lagu bapa saya?
Pesan bapa dipegang hingga kini!
“Sebelum ini, arw4h pernah pesan supaya saya menyanyikan lagu nyanyiannya jika dia sudah tiada nanti. Katanya, baguslah kalau saya menghiburkan peminat dengan lagu nyanyiannya supaya orang tak lupa.
“Pesanan itu yang saya pegang sehingga kini. Lagipun, ramai peminat yang menyukai lagu Saleem dan Iklim”
Tiada halangan hak cipta
“Selagi saya tidak mendapat halangan daripada pihak pengurusan dan pencipta karya terbabit, saya akan terus menyanyikan lagu dendangan arwah,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman sebuah program untuk siaran Aidilfitri di Studio 1, Astro, baru-baru ini.
Sebelum ini, Julia Bachok dilaporkan memberikan am4ran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya mengaut keuntungan menggunakan nama arw4h suaminya.
Katanya, dia bukan tidak membenarkan mana-mana pihak menyanyikan lagu pernah dipopularkan bintang kelahiran Terengganu itu tetapi harus meminta izin daripadanya terlebih dahulu.
Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Tun Razak pada 14 Oktober, tahun lalu.
SYAFIK rindu kerja di balai bomba.
RINDU KERJA DI BALAI
Menjalani rutin harian sebagai anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya, Syafiq mengakui rindu dengan suasana kerja di balai.
“Sekarang ini saya ditempatkan di bahagian pejabat bagi memudahkan urusan keluar masuk saya sekiranya terdapat undangan nyanyian.
“Kalau di balai sebelum ini, saya terikat dengan komitmen kerja yang tidak menentu.
“Bagaimanapun saya akui rindu dengan suasana kerja di balai. Apa tidaknya, saya rindu nak pad4mkan api ataupun operasi selamatkan kucing.
“Suasana bekerja di balai sangat berbeza kerana masing-masing dalam lingkungan umur sebaya dan ada yang lebih tua. Jadi keseronokan itu memang berbeza ketika kami melakukan sesuatu perkara,” katanya.
Berkongsi perkembangan kerjaya muziknya pula, Syafiq baharu saja melancarkan lagu duet irama tradisional bersama Baby Shima berjudul Manis-Manis Cinta.
“Lagu ini karya terakhir ciptaan arw4h Pak Ngah (Datuk Datuk Suhaimi Mohd Zain). Ia baharu saja dilancarkan tetapi kami belum sempat membuat sebarang promosi memandangkan masing-masing terikat dengan komitmen kerja.
“Insya-Allah, selepas Aidilfitri nanti kami bercadang turun padang mempromosikan lagu ini. Tidak mudah untuk kami berdua menyusun jadual kerana Baby Shima kini bergerak aktif di Indonesia,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : harianMetro via Celotehsaje